
CAM EA4 RASMI DILANCARKAN – JANA 134HP, JARAK GERAK 400KM, HARGA BERMULA RM215K
Sendok Group baru-baru ini secara rasmi melancarkan van elektrik CAM EA4 untuk pasaran Malaysia. Pelancaran ini turut dihadiri oleh Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz pada acara E Mobility Asia yang diadakan di KLCC.
Selepas melancarkan CAM EC35, CAM EA4 tiba untuk memberikan alternatif yang lebih ramah lingkungan untuk kenderaan komersial.

Dari segi perincian, ia mempunyai ruang kargo 7 meter kubik dan 1,025kg termasuk dilengkapi cermin sisi berkuasa dengan isyarat pusing LED, kamera undur dan sensor, lampu brek ketiga tinggi serta lampu kabus depan.
Didatangkan dalam dua varian, kedua-duanya dijana oleh motor elektrik belakang, menghasilkan 134hp dan tork 320Nm.
Van ini mampu mencapai kelajuan maksimum 100km/jam dan dilengkapi dengan bateri LFP 60.1kWh atau 86.1kWh.

Untuk rekod, CAM EA4 menawarkan jarak gerak sejauh 400km.
Selain itu ia turut dibekalkan dengan ciri keselamatan seperti beg udara pemandu dan penumpang hadapan, peringatan sabuk keselamatan pemandu, amaran pejalan kaki kelajuan rendah, penghad batas kelajuan, radar undur, ABS dan EBD.
Untuk harga pula, CAM EA4 boleh dimiliki pada harga bermula RM215,800 dan menawarkan jaminan 6 tahun atau 200,000 km, mana-mana yang tercapai dahulu.
- BACA: 5 AMARAN AWAL YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEBELUM MEMBELI KERETA TERPAKAI – HATI-HATI GAIS
- BACA: KERETA TERBAKAR, TUMBLER JADI PERHATIAN – BOS JENAMA STANLEY HADIAHKAN KERETA BAHARU
- BACA: BERAPAKAH KUASA KUDA PADA SEEKOR KUDA? KENA LA TEST DYNO BARU TAHU (VIDEO)
- BACA: KENAPA MODEL MITSUBISHI EVOLUTION BERKUBUR?

