
KERETA TERBAKAR, TUMBLER JADI PERHATIAN – BOS JENAMA STANLEY HADIAHKAN KERETA BAHARU
Siapa sangka, ketika ditimpa nasib malang, terlibat dalam kemalangan kebakaran kereta, mangsa sebenarnya akan menerima hadiah sebuah kereta baharu.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Danielle telah berkongsi keadaan keretanya dan botol air atau tumbler di TikTok baru-baru ini kerana kagum dengan kualiti tumbler jenama Stanley itu.
Melalui video berkenaan, wanita tersebut mengangkat tumbler Stanley itu lalu menggoncangkannya untuk menunjukkan bahawa ais di dalam tumbler masih ada dan tidak cair meskipun ditinggalkan di dalam kereta yang terbakar.

Selepas video yang dimuat naik menjadi viral dan mendapat lebih 83.5 juta tontonan, video itu turut mendapat perhatian bos syarikat pembuatan tumbler Stanley, Terence Reilly.
“Dahaga selepas terbakar? @Stanley1913 seperti tiada masalah. I gotchu. #fyp #carfire #kemalangan #stanleycup?” komen Terence Reilly.
“Kami semua sangat gembira kerana anda selamat,” sambungnya.
Reilly kemudian berkata bahawa dia melihat banyak komen yang meminta syarikatnya menghantar tumbler baharu.
“Ya, kami akan hantarkan kepada anda,” jawabnya.
“Tetapi ada satu perkara lagi. Kami tidak pernah melakukan ini sebelum ini dan mungkin tidak akan melakukannya lagi, tetapi kami ingin menggantikan kenderaan anda.”
Reilly kemudian meminta Danielle menyemak mesej pada telefon bimbitnya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Danielle mengakui hampir pengsan selepas melihat video respon syarikat tumbler itu.
“Ini kerja gila. Saya tidak percaya mereka akan membelikan saya kereta baharu,” ceritanya dalam TikTok.
Dia juga menjelaskan bahawa dia masih belum sempat meminum air dalam tumbler tersebut.
“Saya mungkin menyimpannya sebagai kenang-kenangan dengan ukiran “Surviving the fire in 2023.”







