Buletin

CANDELA P-12, KAPAL PENUMPANG ELEKTRIK TERPANTAS DI DUNIA, BAKAL DIUJI SELAMA SEMBILAN BULAN BERMULA TAHUN HADAPAN

Ibu kota Sweden, Stockholm tidak lama lagi akan mendapat peluang untuk menyaksikan revolusi pengangkutan air yang lebih pantas, lebih senyap dan lebih murah untuk orang ramai mengelilingi ibu kota Scandinavia.

Kapal penumpang elektrik terpantas di dunia, Candela P-12 akan diuji selama sembilan bulan, bermula pada 2023. Candela P-12 Shuttle adalah sebuah kapal elektrik sepenuhnya dan teksi penumpang hidrofoil sifar karbon.

Candela telah mencipta nama dalam dunia bot elektrik, dengan pelancarannya pada Ogos 2021 lalu dan sejak itu, bot rekreasi hidrofoil C-8, menjual lebih 100 dalam tempoh enam bulan.

“Apa yang Tesla lakukan ialah menambah variasi pada kereta elektrik. Kami pula mahu membuat produk yang sangat menarik kerana itu akan memacu langkah ke arah kemampanan dengan cara yang lebih pantas.” kata Ketua Pegawai Eksekutif Candela, Gustav Hasselskog.

Syarikat itu juga menawarkan C-7, bot penumpang hidrofoil pertamanya dengan jarak dalam batu nautika 5- dengan kelajuan tertinggi 30 knot.

Sementara itu, hidrofoil P-8 boleh didapati sebagai Shuttle atau sebagai kraf penerokaan Voyager, menawarkan 40 batu nautika dengan sekali cas pada kelajuan 20 knot.

Untuk Candela P-12, teknologi hidrofoilnya menggunakan tenaga 80 peratus iaitu kurang daripada kapal konvensional dan menawarkan julat sehingga 60nm pada kelajuan 30mph. Dengan hidrofoil yang diperbuat daripada gentian karbon menjadikannya sangat kuat sambil mengekalkan bot terbang di atas permukaan air.

Bahagian dalam P-12 pula menyediakan ruang dalaman yang fleksibel dan boleh memuatkan sehingga 30 penumpang serta pilihan disesuaikan untuk memenuhi keperluan penumpang.

Sementara itu, penumpang akan membayar kos setiap batu yang hanya 10 peratus daripada feri diesel tradisional, serta terdapat tawaran sambungan yang lebih pantas berbanding memandu kereta ke Stockholm.

Candela percaya bahawa menggantikan feri diesel konvensional dengan armada P-12 Shuttles akan menawarkan “sistem pengangkutan awam bawaan air yang efisien” dengan perlepasan lebih kerap dan lebih pantas serta lebih menjimatkan dari segi kos operasi.

Google ads
Back to top button