CARBON FIBRE REINFORCE PLASTIC, JADI PILIHAN HYPERCAR.
CFRP atau nama lain dia ialah Carbon Fibre Reinforce Polymer merupakan bahan yang sangat kuat dan ringan. Ia dihasilkan dengan gentian karbon (unsur Carbon atau C) dan diperkukuhkan gentian plastik yang diperkuatkan. Sebab ia ringan ia menjadi bahan utama dalam penghasilan industri aero angkasa dan penerbangan
Ini kerana jika dibandingkan dengan nisbah ketumpatan dan berat dengan kekuatan, CFRP ini sangat ringan tapi kuat nak mampus. Masalah utama dalam penghasilan CFRP ialah kos pembuatan yang sangat mahal dan memerlukan kuasa elektrik yang sangat tinggi. Jadi harga komponen CFRP ini sangat mahal
Tapi ia tidak menghalang syarikat yang menghasilkan hypercar seperti Lexus LFA, Koenigsegg dan pasukan perlumbaan F1 untuk menghasilkan cesi dan komponen kenderaan daripada lembaran tenunan CFRP ini. Ini kerana dengan bahan yang kuat dan ringan, ia menjadikan jentera perlumbaan semakin lincah dan laju.
Antara kelebihan CFRP ialah:
1. Bagi kelebihan nisbah berat dan kuasa enjin – bagi hypercar dan kereta lumba F1, ia mestilah ringan, kuat dan memliki ketegaran yang tinggi. Cesi yang ringan membolehkan ia memecut dengan pantas dan ketegaran yang tinggi memastikan cesi tidak terherot ketika melalui selekoh pada halaju tinggi
Keluli adalah bahan yang kuat, tapi berat. Pilihan yang lebih baik ialah aluminium tapi CFRP biasanya 50% lebih ringan daripada aluminium dan sehingga 5 kali lebih kuat daripada keluli. Cesi CFRP yang ringan tapi kuat ini diperlukan bagi mengimbangi berat enjin dan sistem transmisi hypercar yang berat
2. Ketumpatan yang rendah – Unsur atom karbon sebenarnya 5 kali lebih ringan dari unsur keluli, lebih kurang tumpat berbanding dengan aluminium. Atas kelebihan ini unsur karbon lebih ringan dari aluminium dan lebih kuat dari keluli. Dalam aspek CFRP, ia diperkuatkan lagi dengan matriks thermoplastic melalui ikatan resin secara tenunan
3. Tahan lasak– cesi atau komponen yang dihasilkan daripada CFRP ini biasanya lebih tahan lasak jika dibandingkan dengan bahan lain. Jadi kebarangkalian untuk komponen tersebut rosak sewaktu dilenjan habis-habisan adalah rendah, kecuali anda melanggar pokok atau tembok sewaktu perlumbaan.
Koenigsegg ada menghasilkan turbo piping dan beberapa komponen enjin daripada CFRP untuk ringan dan lasak dan merendahkan pusat graviti
4. Tahan suhu tinggi – salah satu musuh tersembunyi bagi hypercar dan kereta lumba ialah haba yang dihasilkan daripada enjin, unit transmisi dan mekanikal. Dalam aspek ini CFRP sangat bagus kerana ia tidak akan bertindak sebagai konduktor haba dan ia tidak akan mengembang jika didedahkan pada suhu yang ekstreme.
5. Seni – lembaran CFRP akan menghasilkan tenunan matriks menghasilkan corak gentian karbon yang menarik jika dibandingkan dengan keluli ataupun aluminium. Corak ini sangat menarik perhatian sehingga ada pelekat khas dikeluarkan untuk ditampal pada komponen kereta untuk nampak lebih RICE.
Walaupun CFRP ini tahan lasak di bawah pulling force dan tensile force, kelemahan utama CFRP ini ialah ia sangat rapuh (brittle). Jika struktur utama yang dihasilkan dengan CFRP mengalami keretakan, bahagian tersebut boleh patah.
Malah terdapat beberapa laporan kemalangan dan kes saman yang melibatkan syarikat yang mengeluarkan basikal dari CFRP disaman oleh pembeli disebabkan kegagalan struktur basikal yang berpunca dapipada proses pembuatan yang tidak teliti