Buletin

NISSAN BANGUNKAN TEKNIK PERCEPAT PRODUKSI KOMPONEN GENTIAN KARBON CFRP

Nissan baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah membangunkan teknik-teknik yang mampu mempercepatkan penghasilan komponen yang diperbuat daripada plastik gentian karbon diperkukuhkan (CFRP). 

Teknik itu didakwa dapat mengurangkan masa penghasilan komponen berkenaan sehingga separuh dan kitaran masa acuan sekitar 80 peratus berbanding cara konvensional. 

Teknik tersebut melibatkan proses mensimulasi tindak balas resin yang dimasukkan ke dalam gentian karbon ketika membentuk CFRP. 

CFRP merupakan material yang kuat tetapi ringan. Ia boleh dipasang untuk menjadikan kereta lebih selamat dan menjimatkan penggunaan bahan api. – Reuters  

Google ads
Back to top button