Buletin

PKP, HANYA 85 UNIT TOYOTA DAN 1,009 PERODUA TERJUAL SEPANJANG JUN 2021

UMW Holdings Bhd menjangkakan jualan kenderaan yang minimum untuk bulan Julai bagi UMW Toyota Motor (UMWT) dan Perodua. 

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Ahmad Fuaad Kenali. Beliau mengakui bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh yang sedang berkuat kuasa, bermula pada 1 Jun 2021 memberi kesan buruk kepada sektor automotif domestik. 

Buktinya, hanya 1,921 unit kenderaan syarikat berkenaan didaftarkan pada Jun. Daripada jumlah itu, UMWT menjual 85 kenderaan manakala Perodua menjual 1,009 unit.

Jadi, bilik pameran dalam talian terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa PKP penuh. Bilik pameran dalam talian Toyota, Lexus dan Perodua menjadi tarikan kerana pengguna beralih kepada e-platform secara berperingkat semasa fasa sekatan pergerakan.

Bagi mengimbangi ketiadaan pelanggan yang datang kerana bilik pameran ditutup, UMWT dan Perodua tidak mempunyai alternatif lain selain meningkatkan pemasaran dan penjualan melalui dalam talian.

“Pada masa ini, kedua-dua elemen itu mencatatkan tempahan yang baik dan boleh dipenuhi selepas sekatan pergerakan dilonggarkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan terus berharap sekatan pergerakan dapat dilonggarkan dan mematuhi kepada pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. UMW juga tetap yakin dengan potensi pertumbuhan industri automotif di Malaysia.

Baru-baru ini, UMWT mengumumkan akan melabur sebanyak RM270 juta dalam pembuatan kenderaan elektrik hibrid (HEV) tempatan . Ia dilihat sebagai usaha untuk memajukan inisiatif neutral karbon dan menawarkan pelbagai jenis kenderaan, termasuk HEV termaju kepada pelanggan.

“Tanpa mengambil kira sekatan pergerakan yang berterusan dan gangguan yang berpanjangan dalam cip semikonduktor global, UMW menjangka momentum jualan automotif akan berterusan, terutama dengan lanjutan pengecualian cukai jualan,” katanya. – BERNAMA

Google ads
Back to top button