Motosikal

PERANTI GPS BMW S1000RR TEMUI KEDAI POTONG MOTOSIKAL CURI

Sebuah BMW S 1000 RR yang dipasang dengan alat pengesan lokasi berjaya menemui sebuah bengkel yang didakwa bertanggungjawab meleraikan motosikal curi. 

Semua itu bermula apabila pemilik jentera itu meminta pihak Stolen Motorcycle Rocovery London (SMRL) untuk mencari motosikalnya yang hilang. 

Mujur juga motosikal itu dipasang dengan module Biketrac GPS dan ia berjaya ditemui dalam keadaan masih elok di sebuah kawasan perindustrian Isle of Dogs, Timur London. Pada mulanya, SMRL gagal mencari motosikal terbabit dan terpaksa meminta bantuan polis.

 Setelah berjaya masuk ke dalam premis itu, mereka mendapati ia seperti sebuah bengkel kenderaan potong komersial. Di sebalik banyak rangka dan komponen motosikal yang berselerak, terdapat beberapa unit motosikal yang sah telah dicuri. 

Antara motosikal yang ditemui semula ialah sebuah BMW S 1000 RR, Triumph 1050, Yamaha R6, kapcai Honda serta tiga kerangka motosikal di mana number VIN telah dibuang. 

Berdasarkan kepada lapoaran Daily Mail, semua barang curi itu dianggarkan bernilai £75,000 (RM402,100). Pemilik bengkel tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri dan kes itu sedang disiasat polis. 

Google ads
Back to top button