Artikel Pilihan

NISSAN ROOX – KECIL DI LUAR TAPI LUAS DI DALAM

Nampaknya selepas Mitsubishi perkenalkan Delica Mini baharu, Nissan pun tak nak ketinggalan. Mereka kini mula tayangkan kei van popular mereka, Roox, yang dinaiktaraf agar lebih comel dan lebih ‘berkotak’.

Roox ini sebenarnya sudah memasuki generasi keempat dan sama seperti kei van lain, ia direka agar mampu menawarkan ruang dalaman sebesar mungkin tapi masih mematuhi peraturan kei car Jepun.

Ia mungkin nampak sama tapi pereka Nissan berkerja keras untuk menaiktaraf bahgaian dengan terutamanya pada lampu utama LED yang besar tu. Sekali tengok dah macam Elgrand versi kerdil.

Panel kiri kanan juga sedikit berbeza tapi masih mengekalkan rekaan pintu gelongsor untuk memudahkan urusan keluar masuk. Ia adalah ciri praktikal yang dikekalkan oleh Nissan dari model terdahulu.

Nissan berjaya memanjangkan lagi ruang kabin sebanyak 4.5 inci bagi memastikan ia cukuo selesa untuk empat orang penumpang dewasa. Tempat duduk belakang boleh digerakkan untuk menambah ruang dan bahagian kargo mampu memuatkan empat beg pakaian berukuran 48 liter tanpa sebarang masalah.

Kabinnya juga dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 12.3 inci. Saiz skrin terbesar untuk Kei car setakat ini. Sebagai tambahan Roox juga mempunyai Intelligent Around View Monitor dan Invisible Hood View yang membolehkan pemandu mengesan halangan dan bahaya dengan lebih jelas.

Bukan itu sahaja, Roox turut mempunyai sistem pandangan 3D dan disokong oleh sistem Nissan ProPILOT, Brek Kecemasan Pintar, Intelligent Blind Spot Intervention, Intelligent Blind Spot Warning dan Rear Cross Traffic Alert. Fuh canggih yakmat tak padan dengan kecik.

Pilihan personafikasi juga cukup banyak. Terdapat 17 pilihan cat yang boleh dipilih termasuk enam pilihan dua tona dengan trim standard ataupun Highway Star yang lebih sporty.

Harga dikatakan bermula dari USD10,760 dan meningkat lagi berdasarkan spesifikasi yang dipilih. Enjin tak payah cerita la kalau dah namanya kei car. Mesti 658 cc dengan pilihan turbo dan NA.

Google ads
Back to top button