
Motosikal
HELMET ARAI EDISI ISLE OF MAN TT
Sudah menjadi tradisi bagi pengeluar topi keledar terkemuka Arai, setiap tahun pasti akan ada produk edisi terhad Isle of Man TT.
Setiap tahun, helmet Arai berkenaan akan didatangkan dengan rekaan yang berbeza dan terkini daripada studio Aldo Drudi.
Helmet edisi terhad itu kini didatangkan dalam varian Arai Corsair-X. Produk 2016 itu dilekatkan dengan logo TT. Tiidak ketinggalan, simbol rasmi negara berkenaan iaitu Triskelion (lambang tiga kaki berlari).
Arai merupakan penaja terbesar Isle of Man TT. Kebanyakan pelumba yang menyertai perlumbaan di jalan raya ikonik itu menggunakan topi keledar Arai.
Walaupun sudah dilancarkan, masih belum ada maklumat rasmi tentang harga dan bilangan unit terhad yang dikeluarkan.