,
Buletin

CEO NISSAN LETAK JAWATAN. TERPALIT SKANDAL MANIPULASI NILAI SAHAM

Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Hiroto Saikawa dilapor akan meletak jawatan berkuat-kuasa 16 September depan. 

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Nissan, Yasushi Kimura selepas satu mesyuarat ahli lembaga pengarah. Ketua Pegawai Operasi, Yasuhiro Yamauchi dijangka menjadi pemangku CEO. Kimura memberitahu, pihaknya berharap dapat memilih ketua baharu menjelang akhir Oktober depan. 

Saikawa menyatakan bahawa dia akan mengosongkan kerusi panas itu selepas mengaku menerima bayaran secara berlebihan. Dia dikatakan dibayar puluhan juta yen di bawah satu skim insentif yang memberi bonus kepada pengarah jika harga saham syarikat mempunyai prestasi baik. 

Bekas eksekutf Nissan yang ditahan bersama Ghosn, Greg Kelly pada Jun lalu mendakwa Saikawa telah memapulasi tarikh kuat-kuasa penilaian sahamnya. Ini membolehkannya menerima wang tambahan sebanyak 47 juta yen (RM1.8 juta). 

Saikawa bagaimanapun menafikan dia menuntut wang tambahan dan mengakui tidak sedar skim pembayaran itu dikendalikan secara salah. “Saya serahkan isu itu kepada orang lain dan fikir ia dilakukan dengan betul,” kata Saikawa sambil menambah dia akan membayar kembali wang tersebut kepada Nissan.  

Jawatankuasa pemilihan Nissan telah menyenarai pendek lebih 10 calon untuk menggantikan Saikawa.  

Skandal itu dilihat tidak membantu usaha Nissan untuk kembali bangkit setelah bekas pengerusinya,  Carlos Ghosn dipecat kerana terlibat dalam jenayah kewangan.

Ghosn yang mengetuai Nissan selama dua dekad didakwa tidak melaporkan pendapatan dan mengalihkan kerugian pelaburan peribadi kepada Nissan. 

Tags
Google ads
Back to top button