Artikel Pilihan

HONDA LANCARKAN N-WGN – INSPIRASI DARI MODEL RETRO STEPVAN

Honda Jepun baharu sahaja malancarkan Honda N-WGN terbaru dan ia rasanya tidak banyak beza dengan kebanyakan van-van Kei yang bersepah-sepah di Jepun. Tapi bagi yang meminati van-van Kei dari Jepun tentu ada yang akan perasan yang model terbaru Honda ini dihasilkan menyerupai model retro Honda StepVan yang dikeluarkan pada tahun 1972.

Persamaan paling nyata semestinya ialah lampu signal yang kelihatan seperti bulu kening pada bahagian atas lampu utama kiri dan kanan. Lampu utama juga masih berbentuk bulat bagi mengekalkan imej retro van ini.

Dilihat pada bahagian dalaman pula, ia kini sedikit berbeza dan mendapat sentuhan moden. Tapi papan pemuka bentuk bertingkat masih lagi dikekalkan cuma paparan meter-meter dialih kedudukan ke bahagian depan pemandu. Kami juga lebih sukakan papan pemuka lama yang mempunyai permukaan bawah yang rata mungkin untuk kegunaan menulis bil atau resit penghantaran. Ye lah ini kan sebuah van pada asalnya.

Malah jika dilihat dari belakang pun, van ini memang kelihatan seperti model asal keluaran tahun 1972. Kalau nak lagi real mungkin ia juga boleh dilengkapkan dengan tayar bergarisan putih yang menjadi trend pada zaman datuk nenek kita dulu.

Disebabkan kereta ini dikategorikan kebagai Kei, tak banyak la yang perlu kami huraikan. Ia menggunakan enjin 660 cc dan mampu menjana 67 hp kuasa maksima.

Rasanya ramai yang terus jatuh cinta kalau melihat van ini di hadapan mata sama seperti Ryu Asada, pereka Hotwheels dan salah seorang Abang H yang fanatik. Malah beliau yakin bila kereta dilancarkan ia akan segera mendapat perhatian golongan muda dan yang berusia.

Asada menyambung yang beliau memang inginkan sebuah van ini bila dilancarkan. Cuma kalau boleh beliau mahu logo H di bahagian hadapan digantikan dengan tulisan penuh H.O.N.D.A sama seperti model asal. Pada pendapat kami ini mungkin sebab beliau nak elemen retro itu dikekalkan ataupun emblem H beliau pernah dicuri oleh jin pakai toncet sebelum ni. Mana la tahu kan.

Google ads
Back to top button