Buletin

OSHAN X5 MILIKI REKAAN EROPAH. SATU LAGI SUV DARI CHINA

Rekaan SUV terbaharu ini mungkin kelihatan seperti dibangunkan di negara Eropah.

Begitupun, jentera ini sebenarnya berasal dari pengeluar kenderaan China, Oshan dan dijangka akan memasuki pasaran tempatan negara terbabit pada bulan November ini.

Oshan merupakan jenama di bawah Changan Auto dan SUV X5 ini pernah dipertontonkan pada khalayak ketika Pameran Auto Chengdu pada Julai lalu.

Di bahagian hadapan, ia didatangkan dengan set lampu LED yang nipis serta gril moden menyerlahkan sisi lasak dan garang SUV ini.

Oshan X5 turut dilengkapi pelindung bewarna hitam di sekeliling arca roda, skirt sisi menarik dan set rim hitam.

Bahagian belakang pula, ia menampilkan lampu belakang slim dengan signatur LED melengkung, ekzos berkembar dan diffuser agresif.

Menyerlahkan lagi penampilan SUV ini apabila memasuki bahagian kabin yang hadir dengan kluster instrumen digital dan skrin infotainment luas.

Biarpun, dibekalkan dengan roda stereng dan tombol gear sederhana, ia mendapat sentuhan mewah melalui dua tona warna hitam serta merah.

Ia boleh dilihat di bahagian tempat duduk, konsol tengah dan panel pintu serta lubang udara krom.

Menurut Car News China, Oshan X5 bakal mendapat khidmat enjin 1.5 liter turbocharge yang mampu menjana 180 hp dan tork 300 Nm. Ia didatangkan dengan transmisi tujuh kelajuan klac berkembar. – carscoops.

Google ads
Back to top button