
CHERY MALAYSIA CATAT 30,073 UNIT JUALAN DALAM TEMPOH KURANG TIGA TAHUN
Chery Malaysia mencatat pencapaian membanggakan apabila jualan kumulatifnya mencecah 30,073 unit dalam tempoh kurang tiga tahun selepas memasuki pasaran tempatan.
Prestasi ini mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama automotif dengan pertumbuhan terpantas di Malaysia, dipacu oleh penerimaan pelanggan yang kukuh dan rangkaian produk semakin meluas.
Momentum jualan mula ketara sejak separuh kedua 2023 dengan 4,501 unit terjual antara Jun hingga Disember, sebelum ditutup dengan prestasi lebih memberangsangkan pada tahun lalu apabila 12,930 unit kenderaan dihantar kepada pelanggan.
Pertumbuhan ini disokong oleh pengembangan portfolio produk yang strategik, bermula dengan model enjin pembakaran dalaman (ICE) seperti OMODA 5 dan TIGGO 8 PRO, diikuti kemasukan ke segmen elektrik menerusi OMODA E5 pada Mac 2024.

Barisan TIGGO kemudiannya diperluas dengan model ICE, Hybrid Electric Vehicle (HEV) dan Plug-in Hybrid (PHEV) termasuk TIGGO 7 PRO, TIGGO CROSS, TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV yang dikuasakan teknologi Super Hybrid (CSH).
Kini, siri TIGGO merangkumi enam model dan menjadi penyumbang utama jualan Chery Malaysia pada 2025, selari peralihan pasaran ke arah kenderaan tenaga baharu.
Selain prestasi jualan, Chery Malaysia turut aktif dalam inisiatif komuniti, termasuk membantu mangsa kebakaran di Putra Heights dengan meminjamkan kenderaan kepada 50 keluarga terjejas.
Syarikat itu juga menyokong pembangunan sukan negara melalui kerjasama dengan Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN) serta terlibat dalam pembangunan bakat belia menerusi Projek Belia Mahir.
Bagi jangka panjang, Malaysia dilihat sebagai hab automotif serantau menerusi pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Lembah Beringin, Selangor, dengan pelaburan RM2.2 bilion dan fasa pertama dijangka siap pada separuh pertama 2026.
Di peringkat global, Chery Group menutup 2025 dengan jualan 2.806 juta kenderaan, meningkat 7.8 peratus tahun ke tahun, serta kekal sebagai pengeksport automotif terbesar China.
Dengan pengiktirafan antarabangsa yang semakin kukuh, Chery menyasarkan pertumbuhan mampan dan berdaya saing menjelang 2026.
- BACA: PROJEK MEGA PERODUA DI KUANTAN -BAKAL JADI HAB AUTOMOTIF PANTAI TIMUR?
- BACA: INSENTIF CUKAI EV TAMAT, TESLA KEKAL HARGA MODEL 3 DAN MODEL Y – BERMULA RM169K
- BACA: BOSAN MENGADAP JEM, ALASAN GUNA LORONG KECEMASAN
- BACA: VW ID. POLO JADI MODEL PERTAMA “TAUBAT BUTANG SENTUH”, KEMBALI DENGAN BUTANG FIZIKAL







