Buletin

CHEVROLET COLORADO – BERMULA RM90,188

Pengedar dan pengimport tunggal kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) hari ini melancarkan trak pikap Chevrolet Colorado secara rasmi ke pasaran tempatan. Mekanika Malaysia sebelum ini pernah mengikuti sesi pandu uji Colorado menuju ke Pekan, Pahang.

Chevrolet-Colorado-launch-2016-mekanika (3)

Model yang diimport dari Thailand itu jadir dengan rekaan luaran dan dalaman lebih segar. Di samping menawarkan aspek keselamatan, kuasa dan teknologi yang terbaik dalam kelasnya.

Naza Quest mula mengambil alih jenama Chevrolet pada tahun 2010. Sejak itu, beberapa model telah diperkenalkan. Difahamkan juga, Chevrolet akan membuat come back dengan model-model lebih menarik tahun depan.

Chevrolet-Colorado-launch-2016-mekanika (2)

Colorado didatangkan dalam lima varian dengan pilihan enjin iaitu 2.8L dan 2.5 liter. Enjin empat silinder turbo diesel VGT Duramax 2.8L telah ditala untuk menawarkan prestasi, lebih penjimatan dan rendah emisi. Enjin itu mampu menghasilkan kuasa 193hp dan tork 500Nm.

Enjin empat silinder turbo diesel Duramax 2.5L VGT pula berkuasa 161hp dengan tork 440Nm. Sementara enjin turbo diesel FGT pula dipadankan dengan kotak gear manual.

Chevrolet-Colorado-launch-2016-mekanika (7)

Harga varian Colorado (di atas jalan, termasuk insurans dan GST) adalah seperti berikut:

  • 5L LT (MT)                         – RM99,911
  • 5L LT (AT)                          – RM107,948
  • 5L LTZ (AT)                       – RM115,031
  • 8L LTZ (AT)                       – RM123,916
  • 8L High Country (AT)     – RM132,874

Penampilan Colorado diserlahkan dengan fascia hadapan, gril, hud dan lampu utama yang sporty. Ia turut dilengkapi lampu nyalaan siang (DRL) LED yang nipis.

Chevrolet-Colorado-launch-2016-mekanika (6)

Pemandu dan penumpang dihidangkan dengan rekaan kabin yang moden. Papan pemuka dan kemasan pada tempat duduk memberikan rasa premium. Bergantung kepada varian, skrin sentuh warna bersaiz lapan inci menempatkan sistem infotaimen MyLink.

Lebih menarik lagi, Colorado menjadi trak pikap pertama yang hadir dengan aplikasi Apple CarPlay™, Siri® Eyes Free dan perisian pengecaman suara.

Chevrolet-Colorado-launch-2016-mekanika (4)

Dari segi keselamatan, Colorado dilengkapi sistem Traction Control System (TCS), Panic Brake Assist (PBA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Stability Control (ESC), Hill Descent Control (HDC) dan Hill Start Assist (HSA).

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memiliki ciri seperti Lane Departure Warning (LDW), Forward Collision Alert (FCA), Front and Rear Park Assist Sensors, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS), Auto Rain Sensor, Auto Headlamp dan fungsi Remote Start Engine, bergantung kepada varian.

Colorado hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan sejauh 200,000. Jika anda menjadi 100 orang pembeli terawal Colorado, anda layak menerima servis percuma selama tiga tahun.

Google ads
Back to top button