Buletin

PAKATAN RENAULT-NISSAN AMBILALIH MITSUBISHI: LEGASI EVO AKAN KEMBALI?

Mitsubishi kini secara rasminya telah diambil alih Nissan dalam satu perpindahan saham berjumlah USD2.3 billion. Penguasaan majoriti 34 peratus saham dalam Mitsubishi Motor Corporation (MMC) membuka lembaran baru di bawah kerjasama Pakatan Renault-Nissan.

MMC adalah sebuah syarikat kecil dari Jepun yang dibelenggu krisis penipuan penggunaan bahanapi pada awal tahun lalu. Tidak seperti skandal disel Volkswagen (dan krisis Takata) yang berjaya diharungi, Mitsubishi bergelut dengan krisis kepercayaan umum.

Disebabkan skala syarikat yang kecil, jualan Mitsubishi merudum, mereka menghadapi masalah kebolehpercayaan dan kejatuhan nilai saham memaksa mereka diselamatkan oleh Nissan.

charles ghosn

Seperti yang kita tahu, Nissan hampir bankrap pada 1999 sebelum menjalinkan kerjasama dalam pakatan strategik Renault-Nissan yang telah kembali membawa mereka ke puncak pada hari ini.

Semuanya kerana usaha lelaki ini, Carlos Ghosn. Optimis dengan kepakaran yang ada pada Mitsubishi, CEO Nissan dan Renault ini telah mengambil keputusan menyelamatkan Mitsubishi dan akan menstrukturkan semula syarikat ini.

Langkah pertama yang dibuat ialah menyusun semula syarikat tersebut dengan mengumumkan barisan calon yang akan ditempatkan dalam ahli lembaga pengarah Mitsubishi. Hitoshi Kawakuchi, sebagai Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa, Hiroshi Karube sebagai Pengurus Aset Antarabangsa dan Mitsuhiko Yamashita, wakil Nissan dalam lembaga pengarah MMC.

Presiden MMC sekarang, Osamu Masuko kekal di posisinya sementara pengambilalihan penuh diumumkan pada 1 November nanti. Carlos Ghosn sendiri disebut-sebut bakal menerajui Mitsubishi dan jika ia menjadi kenyataan, ia adalah keajaiban luar biasa dalam industri automotif. Seorang lelaki asing yang kini menguasai 2 syarikat Jepun.

2017-Nissan-GT-R-NISMO-mekanika (2)

Tetapi siapakah beliau? Hebat sangatkah beliau? Adakah sehebat Abang Japar?

Nah, tanpa Carlos Ghosn kereta paling laju yang Nissan buat mungkin Almera. OK Tipu, 350Z. Tetapi dengan lelaki ini, lahirlah Nissan GT-R, model yang orang Jepun sendiri tak yakin untuk bangunkan apatah lagi membangunkan casis dan enjin serba baru.

Ghosn, lelaki asing, percaya ia boleh dijual tetapi ia perlu istimewa. GT-R perlu murah, berjiwa Jepun dan mesti menewaskan pesaingnya Porsche 911. Pasukan baru Nissan berjaya mencapai sasaran tersebut dan ia sekali lagi meletakkan Nissan sebagai pengeluar yang digeruni.

2015 Lancer Evolution Final Edition

Kami percaya, jika Ghosn mengepalai Mitsubishi lambat-laun Evolution akan dihasilkan semula. Tidak seperti CEO syarikat kereta yang lain sibuk dengan kereta elektrik dan hybrid, Ghosn tidak pernah lupakan kereta laju – Ya lah, kalau buat letrik, baik bukak kilang mesin basuh je lah.

Ghosn pun orang pertama yang buat kereta elektrik untuk produksi massa Nissan LEAF. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa agar Jepun kembali ke landasan sebenarnya.

Kami mahu EVO!

 

 

 

Google ads
Back to top button