
CHEVROLET CORVETTE ZR1 – 1064 KUASA KUDA & 1123NM. V8 PALING POWER DARI US.
Chervrolet telah melancarkan model Chevrolet Corvette ZR1, walaupun di sebalik ketaksuban dunia pada kereta elektrik terutama di Amerika. Dengan varian ZR1, supercar ini datang dengan enjin 5500cc V8, sistem suntikan terus dan port injection, serta turboberkembar bagi mengjasilkan 1064 kuasa kuda dan 1123Nm tork
Bukan itu sahaja, Chevrolet juga telah mengubah kedudukan enjin daripada berada di bahagian depan cesi, ke bahagian belakang cesi dengan rekaan MR (mid engine, rear wheel drive) dengan agihan berat 40% di bahagian depan dan 60% di bahagian belakang.
Ia boleh memecut dari 0-96km/h dalam masa 2.8 saat, mencapai suku batu di bawah 10 saat dan mencapai halaju tertinggi 346km/jam. Model ZR1 masih menggunakan enjin dengan rekaan yang sama digunakan oleh model Z06 LT6.

Walaupun diberi nama baru iaitu LT7, ia masih lagi menggunakan bolek enjin yang sama dengan LT6. Tetapi lain-lain komponen dan aspek rekaan adalah berbeza, termasuk proses CNC tambahan pada blok, sistem valvetrain berbeza untuk mengelakkan valve overlap, sistem ambilan udara yang baru, pemasaan injap baru, dan sistem valvelift
Proses CNC tambahan juga dibuat untuk menyejukkan lagi enjin, membantu sistem pelinciran minyak enjin, membesarkan kebuk pembakaran bagi mengurangkan nisbah mampatan dari 12.5:1 kepada 9.8:1, piston yang dihasilkan secara tempaan dan aci engkol tempaan yang baru
Nisbah mampatan yang dikurangkan membantu Chevrolet menggunakan turbo berkembar baru rekaan single scroll dengan saiz 76mm lengkap dengan alas bebola besi. Sistem wastegate electronic baru juga digunakan , terutama bagi mengurangkan masalah turbolag

Semua kuasa dihantar ke roda belakang menerusi sistem transmisi 8 kelajuan klac berkembar yang sama digunakan pada model C8 Corvette yang lain dengan ratio yang sama. Namun transmisi ini telah diperkukuhkan terutama diameter gigi gear, sistem penyejukan transmisi dan kawalan klac baru melalui sistem injap yang baru.
Dengan penggnaan aloi yang dihasilkan daripada gentian karbon dan cakera brek seramik, berat keseluruhan Chevrolet Corvette ZR1 hanyalah sekitar 1619kg sahaja. Sebagai perbandingan ZR1 menjana 44 kuasa kuda lebih banyak daripada Tesla Model S Plaid dengan berat 2072kg
Mungkin Lucid Air Sapphire menjana 170 kuasa kuda lebih banyak berbanding dengan ZR1, tapi Lucid Air adalah 755kg lebih berat berbanding dengan ZR1. Malah ZR1 memiliki nisbah berat dengan kuasa yang lebih baik berbanding dengan Bugatti Veyron, iait sekitar 580 kuasa kuda per tan

Malah jika difaktorkan sekali dengan semua cecair seperti bahan api, cecair hidraulik brek dan sistem transmisi, ZR1 masih lagi berkuasa berbanding dengan Bugatti Veyron (474 kuasa kuda per tan) serta Porsche 918 (485 kuasa kuda per tan).
Chevrolet Corvette juga adalah jauh lebih berkuasa berbanding dengan Mercedes-AMG One yang dutawarkan dengan enjin F1 dan sistem suspensi pushrod. Namun perbezaan kuasa ini adalah minima dengan ZR1 menawarkan 1064 kuasa kuda manakala AMG One 1063 kuasa kuda
Bukan itu sahaja jika pelanggan memilih pakej ZTK, yang merangkumi rear wing, front five planes dan sirip Gurney pada bahagian hud depan, Chevrolet Corvette ZR1 akan menjana sehingga 544kg downforce , lebih tinggi berbanding dengan Lamborghini Huracan STO yang menjana 420kg downforce