Motosikal

RASMI: ROYAL ENFIELD HIMALAYAN 450 LANCAR DI MALAYSIA – DARI RM31,100

Royal Enfield dengan rasminya melancarkan Himalayan 450 untuk pasaran tempatan di Art Of Speed 2024 yang berlangsung di MAEPS, Serdang pada Sabtu. 

Pelancaran Himalayan 450 itu menandakan ketibaan motosikal ‘adventure’ satu silinder yang diperakui kemampuannya di pasaran global sebelum ini. 

Untuk rekod, Himalayan 450 bukan setakat model naik taraf dari Himalayan 411 namun merupakan jentera yang menawarkan keupayaan yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. 

Atas kertas, Himalayan 450 dikuasakan platform ‘Sherpa’ serba baharu yang merangkumi enjin satu silinder 452cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 40hp dan 40Nm. 

Tidak cukup dengan itu, Himalayan 450 ini turut hadir dengan kelengkapan serba moden dan terkini termasuk panel meter TFT yang menawarkan navigasi Google Maps selain boleh disambungkan ke peranti pintar. ABS juga didatangkan secara standard bersama mod menunggang. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk rim 21-inci depan dan 17-inci belakang serta tangki bahan api berkapasiti 17L. Sebagai jentera ‘adventure’, motosikal ini menawarkan jarak kelegaan tanah sebanyak 230mm serta fork USD (Showa) dengan jarak pergerakan 200mm depan dan 150mm belakang. Pakej brek pula terdiri dari brek ByBre dengan cakera 320mm depan dan 270mm belakang. 

Bagi pasaran tempatan, Royal Enfield Himalayan 450 dijual dengan harga (mengikut warna) berikut:

  • Slate Himalayan Salt – RM31,100
  • Slate Poppy Blue – RM31,100
  • Kamet White – RM31,200
  • Hanle Black – RM31,500
Google ads
"
"
Back to top button