Artikel Pilihan

7 NAMA PENGELUAR KERETA YANG KURANG DIKENALI UMUM – PRODUK MENARIK BELUM MENJAMIN KEJAYAAN

Industri automotif ni kadang kala boleh menjadi sangat kejam. Mungkin sebab itu ada syarikat muncul dengan cita-cita tinggi untuk memberi saingan kepada pemain sedia ada tapi selepas itu hilang ghaib macam tu je. Lebih teruk ada yang jatuh bangkrap sehingga tergolek dan mustahil untuk bangkit kembali. Tapi kalau anda seorang bijak dan bernasib baik, peluang untuk berjaya memang ada.

Contoh terbaik ialah Elon Musk dan Tesla. Tesla diambil alih oleh Musk sewaktu ia belu dikenali ramai dan kini Tesla menjadi antara jenama kereta paling berharga. Punyalah pesat perkembangan Tesla sehingga mampu menjadikan Musk antara individu terkay di dunia. Tapi abang tetap tak nak beli Tesla.

Mungkin akibat kejayaan Tesla banyak lagi syarikat automotif lain tumbuh dengan harapan yang sama. Tapi itulah, bukan semua berjaya dan ada yang sekadar hidup cukup makan sahaja. Hidup pun di bawah radar kata orang. Kena cari betul-betul baru jumpa.

Mari kita tengk beberapa jenama yang kurang popular ni.

  1. W MOTORS

W Motors ialah syarikat automotif pertama berpengakalan di Timur Tengah dan bergiat khusus untuk menghasilkan kereta sport mewah berprestasi tinggi. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang kejuruteraan automotif dan pembuatan selain rekaan automotif, R&D dan konsultansi automotif. W Motors kini beroperasi di Dubai Business Bay dan mempunyai galeri di City Walks.

Peminat F&F mesti kenal dengan produk popular W Motors yang dinamakan Lykan Hypersports yang bernilai jutaan USD. Dihasilkan dalam jumlah yang amat terhad dan menjadi ikon kereta sport mewah di seluruh dunia.

  • ULTIMA SPORTS

Syarikat ini berpengkalan di Leicestershire, England dan terkenal dengan supercar Ultima Evolution di seluruh dunia. Mereka menggabungkan teknologi casis Porsche dan enjin Chevrolet untuk menghasilkan rangkaian kereta sports yang sungguh unik.

Selain Ultima Evolution, mereka turut menghasilkan Ultima MK, Ultima Sports, Ultima Spyder, Ultima Can-Am dan Ultima GTR. Ultima Evolution boleh didapati dalam unit lengkap ataupun kit car yang boleh dipasang sendiri oleh pemilik.

  • ZENVO AUTOMOTIVE

Zenvo Automotive juga merupakan pakar dalam menghasilkan kereta sport prestasi tinggi. Prototaip pertama mereka Zonvo ST1 muncul pada tahun 2009 diikuti hanya 15 model produksi sebelum dihentikan pada tahun 2016.

Mereka kemudian mula mengeluarkan model-model lain seperti TS1, TS1 GT, dan TSR yang hanya khas untuk kegunaan litar. Versi jalanan pula diberi nama TSR-R. Kini model-model ini masih lagi dihasilkan tapi pengeluaran dihadkan kepada 5 unit sahaja setahun.

  • APOLLO AUTOMOBILE

Rasanya ramai pernah dengar nama Gumpert Apollo, sebuah supercar laju buatan Jerman yang mendapat pujian pengacara Top Gear satu ketika dahulu. Malah ia juga antara supercar paling laju pada awal millennium. Walaupun menghasilkan supercar hebat seperti Gumpert, Apollo hampir bankrap selepas menghasilkannya. Nasib baik seorang pelabut Hong tampil menyelamatkan keadaan dan memberikan nyawa baharu pada tahun 2016. Ia kini dikenali dengan nama Apollo Automobile.

Apollo kemudiannya telah menghasilkan dua lagi model hebat mereka yang dikenali dengan nama Arrow (2016) dan Intensa Emozione (2019). Namun disebabkan keduanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad (sekitar 10 unit sahaja), memang susah la nak tengok sendiri depan mata.

  • De Tomaso

Syarikat ini ditubuhkan oleh pelumba Argentina, Alejandro de Tomaso di Itali pada tahun 1959 dengan satu tujuan: menghasilkan kereta sports antara terbaik di Itali. Tinggi sasaran tu. De Tomaso menggabungkan rekaan Itali dan prestasi Amerika Syarikat dengan menggunakan enjin buatan Ford. Hasilnya lahir dua model yang dinamakan Mangusta dan Pantera (bukan band rock dulu-dulu tu). Syarikat ini pun tak berapa stabil dan asyik hidup mati beberapa kali.

Pada tahun 2014, sebuah syarikat Hong Kong membeli hak untuk menggunakan nama De Tomaso dan mula memulakan projek kereta sports terbaru. Diberi jolokan P72 ia mengetengahkan rekaan yang sangat cantik tapi berkongsi asas dengan Apollo Intensa Emozione. Produksi dikatakan hanya sekitar 100 unit sahaja.

  • AUTOMOBILI PININFARINA

Nama Pininfarina ini memang sangat popular kerana pada asalnya mereka merupakan firma rekaan dan banyak menghasilkan rekabentuk untuk Ferrari. Ferrari yang cantik tu biasanya rekaan Pininfarina. Mahindra Group telah membeli hak tanda nama Pininfarina pada tahun 2015 dan memulakan sebuah syarikat yang dinamakan Automobili Pininfarina. Matlamat mereka ialah untuk menghasilkan supercar dengan logo Pininfarina sendiri.

Supercar pertama mereka ialah Battista yang berjaya melelehkan air liur ramai peminat supercar. Ia sebenarnya berkongsi rekaan dengan Rimac Nevera tapi dengan gaya rekaan unik Pininfarina. Produksi Battista dimulakan pada tahun 2022 dengan had pengeluaran 150 unit sahaja.

  • SCUDERIA CAMERON GLICKENHAUS

Scuderia Cameron Glickenhaus atau SCG ditubuhkan oleh James Glickenhaus, seorang pengumpul automotif dan usahawan yang memiliki koleksi supercar paling rare di dunia. Antara koleksi beliau ialah Ferrari P4/5 by Pininfarina. Sebab minat sangat dengan supercar rare, SCG telah ditubuhkan pada tahun 2004.

Mereka kemudian muncul dengan kereta-kereta hebat dan ciptaan terbaik mereka ialah SCG 003. Ia dikuasakan enjin 4.4 liter twin turbo BMW V8 dan mampu menghasilkan 750 hp kuasa maksima.

Sumber dari Hotcars.com

Google ads
Back to top button