Artikel Pilihan

(VIDEO) CITROEN AMI GAGAL TAKLUK SELEKOH PALING POPULAR DI MONACO – CUBA LAGI BANG

Citroen Ami memang sebuah kereta bandar yang comel dengan rekaan yang agak cute. Ia mempunyai panjang 2.41 meter, lebar 1.39 meter dengan ketinggian 1.52 meter. Memang kecik bang dan badannya pun macam kereta kartun je. Tapi entah kenapa mamat yang memandu ni mungkin merasa yang dirinya adalah jelmaan juara rali Mentakab lapan kali kot? Kemon la brader.

Kejadian berlaku di selekoh yang paling popular dalam siri perlumbaan Grand Prix Monaco. Ia dikenali dengan nama Grand Hotel dan kadang kala juga dikenali dengan nama Fairmont Hairpin.

Ia cukup terkenal dalam perlumbaan Formula satu sebagai selekoh yang paling sukar dengan belokan 180 darjah dan jentera F1 biasanya mengurangkan kelajuan sehingga 48 km/j untuk melepasinya. Kelajuan yang lebih dari itu cukup berbahaya untuk jentera F1 inikan pula Citroen Ami yang cenonet tu.

Seperti yang dapat kita lihat dalam video, Citroen biru tu bermula dengan poyo sewaktu mendaki (padahal tayar dan bunyi mendecit-decit). Namun aksi poyo tersebut gaya disempurnakan bila turun bukit. Kelajuan yang terlalu tinggi mengakibatkan ia terbabas dan terbalik.

Tak tahulah macam mana keadaan pemandunya tapi berdasarkan rakaman mungkin tak adalah seteruk mana. Malu to toksah cerita la. Nasib baik jugak la ada tiang-tiang di tepi jalan yang menyelamatkan pejalan kaki yang berada berhampiran. Kalau tak jadi kes lain pula.

Sebab tu la kami selalu pesan, memandu ni kena gunakan otak tak kira la kereta apa pun yang korang pandu. Malang tu memang tak berbau. Ke hidung diorang ni memang spesial eh boleh hidu bau malang?

Google ads
Back to top button