Pandu Uji

CITROEN GRAND C4 PICASSO DIESEL – RM189,888

Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya yang bakal menjelma, Naza Euro Motors membawakan Citroen Grand C4 Picasso ke semua bilik pameran Citroen di seluruh negara.

Citroen-Grand-C4 -Picasso-mekanika (14)

Sudah boleh ditempah mulai sekarang, jentera itu nyata menambah pilihan dalam segmen MPV tujuh tempat duduk.

Apa yang membezakan Citroen Grand C4 Picasso dengan MPV sekelas dengannya ialah rangkaian kuasa yang dimilikinya. MPV ini dijana oleh unit enjin turbodiesel empat silinder bersesaran 2.0 liter.

Citroen-Grand-C4 -Picasso-mekanika (3)

Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 148hp dan tork maksimum 370 bermula daripada 2,000rpm. Tipikal sebuah enjin diesel, Citroen Grand C4 Picasso menawarkan penjimatan bahan api sekitar 4.6 liter bagi setiap 100 kilometer.

Dilihat dari luaran dan dalamannya, Citroen Grand C4 Picasso memang memiliki gaya menarik perhatian. Rekaan luarannya diserlahkan menerusi garis badan, bahagian hadapan yang direka semula dan lampu belakang 3D LED.

Citroen-Grand-C4 -Picasso-mekanika (10)

Ruang kabin cuba meniru keselesaan berada di dalam kelas pertama pesawat. Sarat dengan ‘créative technologie’, MPV ini dipasang dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi, kamera mengundur serta fungsi urutan pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Sekiranya berminat, Naza Euro Motors menawarkan Citroen Grand C4 Picasso dalam unit terhad pada harga yang baru diumumkan iaitu RM189,888 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

Citroen-Grand-C4 -Picasso-mekanika (13)

Jika anda mahukan sebuah MPV yang elegan, menjimatkan minyak dan berkuasa, inilah jawapannya!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button