Motosikal

BMW F 800 GS – RM 73,900

Cabaran? Ya! Kompromi? Tidak! Inilah pendirian yang dipegang oleh ahli keluarga GS yang paling sporty,  BMW F 800 GS baharu. Meneruskan kejayaan model GS sejak sekian lama, model enduro baharu ini menawarkan versatiliti yang mengagumkan sama ada di atas jalan mahupun di laluan off-road. 

BMW-F-800-GS-mekanika (19)

Sama ada di jalan kampung, jalan berbatu kerikil atau laluan di hutan, semuanya boleh diharung oleh  BMW F 800 GS baharu yang ultra sporty ini. Dengan suspensi penuh kuasa, model enduro ini kasar terhadap jalan raya, tetapi menawarkan tunggangan selesa kepada penunggangnya. Ia juga antara jentera yang terbaik jika menyentuh tentang aspek keselamatan apabila dipasang dengan brek ABS sebagai satu ciri standard.

Dari segi reka bentuknya, BMW F 800 GS dibina dengan  elemen maskulin. ‘Paruh’ pada bahagian hadapan model unduro ini telah direka semula untuk menyerlahkan rasa yang lebih sporty, sebelum digabungkan dengan kontur pada panel sisinya.

BMW-F-800-GS-mekanika (17)

Tanggapan secara keseluruhan bahawa jentera ini sebuah enduro yang benar-benar berkuasa disempurnakan lagi dengan penampilan atletik yang dinyatakan menerusi rekaan baru pada butang-butang kawalannya.

Kokpitnya kini  dilengkapi dengan paparan dial baharu yang lebih mudah dibaca dalam apa jua kondisi. Di samping paparan maklumat lebih lanjut seperti takat bahan api dan suhu cecair penyejuk.

BMW-F-800-GS-mekanika (7)

Sebagai sebuah mesin enduro dengan DNA sporty yang begitu versatil, enjin dua silinder sebaris pada BMW F 800 GS baharu mampu menjana kuasa sehingga 85hp dan tork maksimum 83Nm.

Maklum balasnya yang serta-merta memberikan BMW F 800 GS baharu kuasa untuk mengatasi apa jua cabaran di laluan off-road. Namun, penggunaan bahan apinya tetap rendah iaitu hanya  4.0 liter bagi setiap 100 kilometer pada kelajuan sekata 90km/j.

BMW-F-800-GS-mekanika (5)

Keseronokan tunggangan yang diberikan kepada penunggang juga selari dengan ciri-ciri keselamatannya yang optimum. Bermula dengan chasis besi dan kerangka kukuh, BMW F 800 GS berupaya mengharung laluan paling sukar tanpa mengeluarkan bunyi yang berdetar-detar.

Pengalaman di laluan off-road terus dinikmati dengan suspensi yang panjang  – fork jenis terbalik (upside-down) bersaiz 230mm dan topang peredam WAD yang mampu meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan suspensi, terutama ketika ditunggang dalam situasi ekstrem.

BMW-F-800-GS-mekanika (6)

Kestabilan itu ditambah dengan rim lidi yang kukuh. Apabila digabungkan dengan bar hendalnya yang lebar, penunggang akan mendapati ia mudah dipegang untuk melalui apa jua permukaan jalan.

BMW-F-800-GS-mekanika (16)

Bagi meningkatkan lagi keselamatan ketika menunggang, para penunggang boleh memasang sistem Automatic Stability Control (ASC) pada BMW F 800 GS mereka.

Sistem bantuan BMW Motorrad ini menghadkan penghantaran kuasa tork daripada enjin untuk disesuaikan dengan pelbagai kondisi jalan, sekali gus mengurangkan pekali geseran. Hasilnya, penghantaran kuasa menjadi lebih efisien. Malah pilihan mode tunggangan off-road mengubah maklum balas ABS dan ASC agar lebih mengujakan di laluan yang sukar.

BMW-F-800-GS-mekanika (4)

Sama ada di atas jalan biasa atau off-road, tiada apa yang boleh menghalang kemaraan BMW F 800 GS baharu kecuali sistem brek berkuasa yang dipasang dengan sistem ABS sebagai satu ciri standard. Ia terdiri daripada brek cakera berkembar  bersaiz 300mm pada roda hadapan dan brek cakera tunggal berdiameter 265mm untuk roda belakang.

BMW F 800 GS menawarkan pilihan warna BMW yang sporty iaitu putih, biru atau Kalamata Matt Metallic. Harganya? BMW F 800 GS boleh anda miliki pada harga RM73,900 dan RM76,900 untuk varian tempat duduk rendah.

BMW-F-800-GS-mekanika (3)

BMW F 800 GS hadir bersama satu program penyelenggaraan  istimewa yang merangkumi servis minyak pelincir percuma sehingga dua tahun atau 40,000km, mana-mana tiba dahulu. Semua motosikal BMW Motorrad juga ditawarkan dengan jaminan antarabangsa selama dua tahun tanpa had perbatuan.

[hr]GALERI

BMW-F-800-GS-mekanika (2)BMW-F-800-GS-mekanika (8)BMW-F-800-GS-mekanika (9)BMW-F-800-GS-mekanika (10)SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button