CITROEN RELAY BACK 2 BACK, VAN 2 KEPALA, 2 ENJIN, 2 KOTAK GEAR.
Kenderaan komersial adalah sektor yang membosankan, walaupun ia adalah komoditi penting yang bertindak menggerakkan ekonomi setempat dan negara. Salah satunya ialah van komersial atau van panel yang dijebaku engan nama Citroën Relay yang diasaskan daripada Fiat Ducato
Sekiranya anda rasa gambar di atas adalah gambar yang dihasilkan daripada cetakan digital Photoshop, maka anda tersilap kerana Citroën Relay memang dihasilkan dan dipasang secara back-to-back, bercantum di bahagian belakang
Gambar asal sebenarnya diambil daripada laman sesawang Citroën United Kingdom. Walaupun nampak kelakar, Citroën Relay Back to Back dihasilkan khusus untuk mengurangkan kos pembuatan dan kos penghantaran, dengan kedua dua faktor adalah “muda” atau pembaziran dalam perniagaan.
2 unit Citroën Relay disambungkan pada struktur sementara untuk dipasarkan kepada pembuat motorhome, campervan dan juga kenderaan khas seperti ambulans dan juga respon kecemasan
Citroën berjaya mengurangkan kos untuk menghasilkan Relay kerana van ini dihasilkan tanpa menambah cesi pada bahagian belakang. Kos penghantaran juga semakin berkurang kerana semakin banyak van ini dapat dihantar dalam satu masa dengan ruang yang terhad
Oleh kerana van ini adalah pacuan roda depan, ia juga tidak memerlukan propeller shaft dari kotak gear ke gandar belakang. Pihak ketiga atau kontraktor yang akan membina motorhome dan juga campervan akan memiliki lebih banyak kebebasan untuk menghasilkan rekaan yang tersendiri tanpa perlu terikat kepada bentuk asal Citroën Relay
Malah mereka tidak perlu melakukan proses tambahan iaitu membuka kabin asal dan memikirkan kaedah yang sesuai untuk melupuskan kabin asal, dan kerja pembinaan motorhome boleh dilakukan dengan segera
Bukan itu sahaja, kaedah ini juga turut dilakukan oleh Peugeot dengan model Boxer Back to Back. Setiap cesi akan diberikan enjin, no enjin, kotak gear dan juga nombor cesi yang tersendiri. Ia hanya disambungkan ketika proses penghantaran sahaja
Citroën Relay dikuasakan dengan enjin 3000cc DOHC 16 injap turbodiesel yang menjana 175 kuasa kuda dan 400Nm tork. Terdapat juga varian petrol 3600cc DOHC 24 injap yang menjana 280 kuasa kuda dan 353Nm tork