Buletin

CAM KINGO 6AT DILANCARKAN – 15 ATAU 18 TEMPAT DUDUK, 145PS, HARGA BERMULA RM144K

R&A Marketing Sdn Bhd (anak syarikat Sendok Group), pengedar tunggal CAM dan King Long Minivan di Malaysia sejak tahun 2010 telah melancarkan CAM KINGO 6AT serba baharu.

CAM KINGO 6AT boleh didapati dalam 15 atau 18 tempat duduk serta dilengkapi DRL LED, lampu depan halogen, gril honeycomb, rim aloi 16-inci selain, terdapat tempat duduk yang dinaik taraf, dua pintu gelangsar dan stereng boleh laras.

Ia juga didatangkan dalam ciri keselamatan penuh ABS+EBD, kamera undur dengan sensor dan dua beg udara.

Dari segi kuasa, Kingo 6AT serba baharu dijana oleh enjin turbodiesel 3.0 liter 4 silinder, menghasilkan 145PS dan 400Nm tork.

Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Menurutnya, nadi tersebut memenuhi Piawaian EURO 5, lebih cekap dan teknologi canggih membolehkan selang servis lebih lama iaitu pada 20,000km, sekaligus mengurangkan kos penyelenggaraan serta meningkatkan kecekapan operasi dengan ketara.

CAM Kingo 6AT dilindungi oleh Waranti selama 6 tahun atau 200,000km yang mana dahulu.

Untuk harga pula, CAM KINGO 6AT boleh didapati pada harga bermula RM144,800 untuk 15 tempat duduk dan RM164,800 untuk 18 tempat duduk.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cammalaysia.com.my/find-a-dealer/

GALERI:

Google ads
Back to top button