Buletin

COVID-19: HONDA MALAYSIA TUTUP OPERASI MULAI 18-31 MAC 2020

Berikutan arahan kawalan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini, Honda Malaysia akan menutup operasinya buat sementara waktu.

Penutupan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020 itu melibatkan kilang di Pegoh Melaka, pejabat jualan dan pengedar Honda di seluruh negara.

“Secara tentatifnya, kami akan beroperasi semula pada 1 April 2020. Kami juga akan terus memantau situasi ini dan memberitahu perkembangan terkini.

“Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh ini,” jelas Honda Malaysia dalam satu kenyataan rasmi.   

Google ads
Back to top button