Buletin

CUBA REDAH BANJIR, PEMANDU PERODUA MYVI TERPERANGKAP. MUJUR TAK LEMAS

Seorang penjawat awam berdepan detik cemas apabila Perodua Myvi yang dipandunya dihanyut arus  banjir kilat di Kilometer 11 Jalan Chukai-Air Putih, Kemaman pagi tadi.

Ketika kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu sedang bergerak dari arah Plaza Tol Chukai menghala bandar Kemaman.

“Ketika meredah kawasan dinaiki air di situ, kereta mangsa dihanyutkan arus deras sehingga ke bahagian kiri jalan yang paras airnya lebih dalam.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kereta  sebelum dibantu orang ramai yang menyedari insiden tersebut,” kata Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Ramlan.

Menurut Hanyan, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang menggunakan laluan di sepanjang daerah Kemaman supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil risiko meredah banjir menggunakan kenderaan kerana tindakan itu berisiko tinggi. – Astro Awani

Google ads
Back to top button