Buletin

DAIHATSU BAKAL LANCAR MINIVAN BAHARU OKTOBER DEPAN. INIKAH PENGGANTI ALZA VTECTEC?

Sedia maklum, Perodua Alza sudah berada di pasaran hampir sedekad atau lebih tepat lagi sejak tahun 2009. Biarpun begitu model MPV mini tersebut terus mendapat sambutan hangat daripada pengguna di Malaysia. 

Kalau hendak dibanding dengan model-model Perodua yang lain, boleh dikatakan bahawa Alza mempunyai ciri dan teknologi yang paling asas. Jadi, sudah tentu ramai yang tertanya-tanya bilakah pengganti Alza akan muncul? 

Memetik laporan laman web permotoran Jepun, BestCarweb mereka mendakwa berjaya menemuramah individu yang terlibat dalam pembangunan model pengganti Alza. Malah, dia turut mengesahkan yang Daihatsu bakal melancarkan dua model baharu sekitar Oktober tahun ini. 

Model yang paling menarik perhatian pastinya sebuah minivan. Berkongsi platform yang sama dengan Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua Alza, minivan tersebut dijangka digerakkan oleh rangkaian kuasa hibrid. 

Ia juga didakwa bakal menggunakan enjin bersesaran 1.5 liter asprirasi biasa (NA) dan digabungkan bersama teknologi hibrid daripada Toyota. Model asas pula akan dibekalkan dengan enjin 1.3 liter dan sistem mild-hybrid.  

Dah nama pun minivan, jentera itu dikatakan mampu menempatkan sehingga tujuh orang penumpang dengan tiga baris empat duduk. Dari segi dimensi, ia bagaimanapun sedikit kecil berbanding Toyota Sienta. 

Daihatsu sebenarnya pernah mempamerkan model konsep yang dikenali sebagai DN_MULTISIX pada acara Tokyo Motor Show 2017.  Prototaip itu tampil dengan rekaan pintu berkembar pada kedua-dua belah sisi.

Tetapi, untuk model produksi, pintu jenis gelongsor dilihat lebih praktikal dan kos efektif. Ini kerana ia akan menggunakan panel badan yang sama dengan model kei-car Thor.

BestCarweb juga menggangarkan harga model baharu itu bakal dijual sekitar 1.7 juta yen (RM64,000) hingga (RM86,500). Harga itu berada di tengah-tengah di antara Thor dan Sienta. 

Jadi, adakah ini yang akan menjadi model pengganti Alza? Memang kami tidak boleh nak pastikan kerana Perodua sangat hebat berahsia. 

Namun, dalam satu sidang media sewaktu sesi prebiu dan pandu uji SUV Ativa di ibu pejabatnya, Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menyatakan pihaknya sedang berunding dengan Daihatsu untuk memperkenalkan model hibrid. 

Bila dan apakah model itu, sama-samalah kita tunggu. – BestCarWeb 

Google ads
Back to top button