Buletin

HONDA HR-V SPORT HYBRID i-DCD FACELIFT 2021. LAMPU LED, APPLE CARPLAY. BERMULA RM114K

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan model HR-V Sport Hybrid intelligent Dual-Clutch Drive (i-DCD) yang telah dipertingkatkan.

SUV segmen B yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia itu ditawarkan pada harga RM113,954.82 seunit. Model facelift itu menerima beberapa penambahbaikan dari segi luaran dan ketersambungan. 

Bahagian luaran dibezakan menerusi penggunaan lampu utama LED, lampu belakang dan lampu kabus hadapan LED. Di samping hendal pintu krom. 

Ruang kabin pula diserlahkan dengan paparan sistem infohibur bersaiz 7 inci yang menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, selain dua port USB. Pemanduan sporty dapat dirasai dengan stereng tiga jejari. 

HR-V mula diperkenalkan di  Malaysia pada tahun 2015 dan mendapat sambutan hangat dengan lebih 103,000 sudah berada di atas jalan raya. Model facelift yang dilancarkan pada tahun 2019 menyumbang 18 peratus kepada jualan keseluruhan Honda Malaysia. 

Ia juga muncul sebagai model kedua paling popular Honda bermula Januari hingga Julai 2021. SUV kompak itu terus menerajui segmennya dengan 71 perkongsian pasaran setakat Jun 2021. 

HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan sistem pancitan terus bahan api, transmisi DCT 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor. Dibantu oleh bateri lithium-ion, ia mampu menawarkan maklum balas dan pecutan seperti enjin 2.0 liter. 

Jentera itu dilengkapi sistem keselamatan standard seperti enam beg udara, Amaran Berhenti Kecemasan (ESS), Automatic Brake Hold (ABH), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) dan ISOFIX. 

HR-V Sport Hybrid i-DCD kini didatangkan dalam dua warna iaitu perak dan steel metalik. Untuk menempah, sila layari prebook.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch. Anda juga boleh menghubungi talian tol pecuma Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my  

Google ads
Back to top button