" "
Buletin

DAIHATSU PILIHAN SEJUTA UMAT INDONESIA – CATAT PERTUMBUHAN POSITIF

Daihatsu menjadi salah satu jenama pilihan sejuta umat di Indonesia selain dibantu oleh perkembangan pesat industri automotif di negara republik itu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jualan kereta Daihatsu di Indonesia mencatatkan pertumbuhan positif. Sehingga April 2023, Daihatsu berjaya menjual sekitar 339,000 unit, meningkat 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Melihat lebih terperinci, terdapat beberapa model Daihatsu memberi sumbangan besar iaitu Sigra, Gran Max Pick Up dan Terios.

Sigra, pilihan popular bagi segmen kereta keluarga, merekodkan jualan sebanyak 21,722 unit, menyumbang 30.4 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan.

Seterusnya ialah Gran Max Pick Up, mencatat hasil jualan 15,204 unit, menyumbang 21.2 peratus daripada jumlah jualan.

Sementara, model Terios, SUV kompak yang menggabungkan gaya moden dan kuasa, menyumbang 14.3 peratus atau 10,204 unit.  

Menurut Ketua Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan Operasi Jualan Daihatsu PT Astra International, Hendrayadi Lastiyoso, hasil jualan Daihatsu adalah hasil usaha gigih serta komitmen dalam menyediakan produk berkualiti kepada pengguna Indonesia.

Google ads
Back to top button