
DAIKOKU PARKING AREA, TEMPAT PERJUMPAAN GENG KERETA
Kalau dilihat dari segi kasar, Daikoku Parking Area hanyalah sebuah kawasan rehat R&R di Shuto Expressway, Yokohama. Ia adalah kawasan rehat biasa yang membolehkan pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan
Jadi Daikoku PA menawarkan semua fasiliti termasuklah tandas, restoran, ATM, charger, kedai serbaneka 24 jam dan juga pengecaj untuk kereta elektrik. Daikoku PA ini adalah pulau buatan manusia yang terletak di Teluk Yokohama, dan terasing daripada kemudahan lain seperti keretapi menjadikan Daikoku hanya boleh diakses dengan menggunakan kereta, bas ataupun teksi sahaja

Dah nama pun kawasan rehat, Daikoku PA menyediakan sekitar 341 tempat letak kereta dan 59 tempat untuk meletak kenderaan perdangangan, menjadikan kawasan ini tempat untuk melepak pada peminat kenderaan awal 1980an di kawasan parkir yang tidak digunakan. Keadaan ini menjadikan Daikoku PA menjadi tempat berkumpul kepada semua jenis kenderaan samaada kereta, van, motosikal dan juga lori
Jika anda berminat untuk melihat jentera 6 silinder lengkap dengan enjin RB26, 2JZ, enjin VTEC, turbo, ekzos besar, dan juga supercar seperti Ferrari dan Lamborghini maka anda perlu merancang masa lawatan anda ke sana terutamanya pada hujung minggu

Masa terbaik untuk anda melawat ke Daikoku PA adalah pada hujung minggu terutama pada hari Jumaat dan Sabtu pukul 8 malam ke atas. Jika anda merancang untuk ke sana pada waktu pagi, anda boleh datang pada pagi Ahad. Ini kerana perjumpaan peminat kereta di sini adalah tidak rasmi dan masanya boleh berubah-ubah
Jika anda terjumpa sebuah jentera atau kereta yang cantik, jangan segan untuk menegur pemandu atau pemilik kenderaan kerana mereka akan berbesar hati untuk menerangkan kepada anda kelebihan yang ada pada kereta mereka. Jika anda tidak tahu berbahasa Jepun, gunakan saja aplikasi Google Translator yang ada pada telefon pintar anda.

Daikoku PA bukan sahaja menjadi tempat untuk berkumpul dan bersosial bagi peminat tegar automotif, bagi pemilik kenderaan ia adalah tempat untuk mereka saling bertukar idea dan berbincang dalam aspek naik taraf teknikal, naiktaraf kuasa enjin dan saling bertukar alat ganti kenderaan.
Daikoku PA akan mulai menjadi sesak selepas pukul 9pm, jadi sekiranya anda sudah habis menyaksikan semua kereta maka anda boleh bergerak untuk pulang kerana ini adalah kawasan R&R. Dalam sesetengah keadaan, pihak polis tidak teragak-agak untuk menutup terus laluan masuk dan keluar dari Daikoku PA

Jika Daikoku PA ditutup, anda boleh melawat ke Tatsumi PA atau Shibaura PA yang lebih kecil. Namun Daikuko PA adalah lebih besar dan lebih meriah serta menjadi tempat perjumpaan kereta paling menarik di dunia

