Artikel Pilihan

DARI INDUSTRI AUTOMOTIF KE JENTERA PERANG

Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2019, penulis ingin mengajak pembaca belajar sejarah berkenaan syarikat pengeluar kereta pada hari ini. Jika dilihat syarikat-syarikat ini sudah lama wujud dan menjadi tulang belakang dalam revolusi industri satu ketika dulu. Namun atas ketidakstabilan politik dunia dan semangat imperialisme, dunia mneyaksikan 2 perang besar yang berlaku secara global

Apabila perang berlaku pada skala yang besar, pemain industri akan turut serta menyertai namun atas kapisiti sebagai pengilang samaada secara sukarela ataupun dipaksa rela. Akhirnya kilang ini akan menjadi sasaran pengeboman strategik tentera bersekutu sebagai langkah pencegahan. Nasib baik semangan keusahawanan mereka ini tinggi, kalau tidak mungkin nama mereka akan berkubur terus

Mitsubishi

Ya kita mengenali nama Mitsubishi atas keupayaan mereka membina sedan 4 pintu berkuasa turbo. Namun Mitsubishi sebenarnya satu nama kongmolerat perindustrian dan kejuruteraan yang cukup besar pada tahun 1930an. Jadi syarikat ini dianugerahkan dengan kontrak yang cukup besar oleh kerajaan pada masa itu sebagai persediaan perang dunia ke dua.

Syarikat ini menghasilkan kapal terbang penyerang Mitsubishi A6M Zero, Kapal Perang Kelas Yamato seberat 65,000 tan dan juga kereta kebal Chi-To seberat 30 tan yang dikuasakan oleh enjin V12. Disebabkan syarikat ini berpusat di Nagasaki, tentera US telah mengebom Nagasaki dengan bom atom 9 Ogos 1945

Ford

Salah satu sebab Amerika mengelakkan daripada terlibat dengan perang ialah mereka tiada kekuatan ekonomi untuk menyokong perkembangan pasukan tentera disebabkan Kemelesetan Ekonomi dunia pada tahun 1928. Namun setelah Pearl Harbor dibom oleh tentera laut Jepun, maka Amerika bangkit dan mengerahkan industri berat beroperasi pada skala penuh.

Kilang Ford di Michigan membina pesawat pengebom B-24 Liberator untuk digunakan sebagai pesawat pengebom strategik jarak jauh bagi kempen di Pasifik, Atlantik, dan pesawat anti kapal selam bagi kempen Battle of Britain. Sebanyak 4600 unit pesawat ini dibina di kilang Ford.

Ferrari

Waktu perang adalah tahun yang terbaik buat Ferrari kerana dari tahun 1939 Enzo tidak dibenarkan menggunakan nama Ferrari selama 4 teahun selepas meninggalkan Alfa Romeo dan menubuhkan Auto Avio Costruzioni. Namun di bawah pemerintah parti Fasis pimpinan Benito Mussolini syarikat ini diarahkan untuk mengeluarkan komponen kapal terbang dan juga perkakasan perkilangan.

Kilang ini dibom beberapa kali tentera bersekutu memaksa Enzo memindahkan kilangnya ke Maranello. Habis saja zaman perang Enzo melancarkan Ferrari 125S.

Isuzu

Syarikat ini bermula melalui kerjasama antara syarikat kejuruteraan dan pembinaan kapal Tokyo Ishikawajima dan syarikat utiliti Tokyo Gas and Elektrik bekerjasama untuk menceburkan diri dalam bidang automotif. Seperti yang anda jangka Isuzu membekalkan lori 6 roda pada pihak tentera yang banyak digunakan pada perang pasifik

Lori ini mampu menamoung berat 1500kg, seorang pemandu, jarak kelegaan tanah yang tinggi dan boleh bergerak selaju 60km/h serta menjimatkan bahan api. Ia ditawarkan dalam 2 varian samaada petrol ataupun diesel. Namun dalam sesetengah keadaan lori ini juga dipasang dengan senjata anti kapal terbang.

BMW

Sejarah BMW boleh dijejaki sehinggan tahun 1913 sebagai sebuah syarikat kejuruteraan yang menghasilkan enjin kapal terbang semenjak perang dunia pertama lagi untuk pesawat Fokker D VII. Semasa era pemodenan Luftwaffe pasca 1930an, BMW menerima tempahan yang cukup banyak untuk enjin kapal terbang iaitu BMW 132 enjin radial 9 silinder.

Seterusnya Luftwaffe turut memesan 61,000 unit enjin BMW 801 14 silinder dengan sesaran 4800cc untuk digunakan pada pesawat pengebom Ju Junker 88. Malah ketika itu juga BMW membangunkan dan menghasilkan enjin turbo-jet yang pertama di dunia untuk kegunaan tentera pada pesawat Heinkel HE 162

Renault

Syarikat ini diasaskan oleh Louis Renault yang merupakan seorang usahawan teknokrat pada tahun 1899. Selain menghasilkan kenderaan penumpang terbesar di Peranchis, Renault turut memberi sumbangan dalam perang dunia pertama dengan menghasilkan kereta kebal Renault FT pada tahun 1917.

Namun ketika Peranchis dibawah naungan kerajaan boneka Vichy, Renault terpaksa bekerjasama dengan kerajaan Nazi Jerman bagi mengelakkan kilang dan kakitangan syarikatnya dibawa ke Jerman. Dibawah seliaan Daimler, mereka menghasilkan lori untuk kegunaan tentera.

Daihatsu

Hatsudoki Seizo Company Limited merupakan nama asal bagi syarikat Daihatsu sebelum penjenamaan semula syarikat ini pada tahun 1951. Syarikat ini bertanggung jawab membina Daihatsu Class Landing Craft yang dikuasakan oleh enjin diesel 60 kuasa kuda bagi kegunaan tentera laut.

Bot ini berupaya mengangkut 70 askar, atau sebuah kereta kebal sederhana ringan, atau mengangkut 10 tan barangan logistik dalam satu satu masa. Bot ini memiliki panjang 47 kaki dan lebar 10 kaki telah dibina sebanyak 3229 unit semasa perang.

Fiat

Walaupun dalam jumlah yang kecil iaiti hanya 12 unit yang dibina, Fiat telah menghasilkan pesawat untuk kegunaan tentera Itali sebelum perang meletus. Pesawat yang dikenali dengan nama CR.25 iaitu sebuah pesawat pengebom. Namun setelah peralatan tentera dipasang, ia menjadi tidak stabil semasa penerbangan menyetbabkan pesawat ini bertukar peranan sebagai pesawat peninjau perisikan dan juga penumpang untuk pegawai tentera

General Motor

Bagi syarikat, kerajaan Amerika mendapati fasiliti pemasangan, tenaga kerja dan juga keupayaan mereka adalah sangat mencukupi untuk mereka memasang kereta kebal M3 Stuart iaitu sebuah kereta kebal ringan dengan persenjataan 37mm sahaja. Kereta kebal ini dibuat oleh GM dan dihantar ke negara bersekutu dalam skim pinjaman pada Britain, Russia, China dan juga Peranchis

Daimler-Benz

Sebagai sebuah syarikat yang patriotik, Daimler-Benz menghasilkan komponen untuk Wehrmacht iaitu angkatan bersenjata Jerman mulai tahun 1936 lagi. Walaupun melanggar protokol Perjanjian Versailles namun mereka menghasilkan enjin V12 iaitu dengan enjin pancitan petrol untuk pesawat Messerschmidt iaitu pesawat perang. Hasilnya pesawat ini mempunyai banyak kelebihan ketika dog-war dengan pesawat Spitfire ketika Battle of Britain. Mercedes Benz 770 W150 menjadi pilihan pada Adolf Hitler sebagai kenderaan rasmi

Google ads
Back to top button