,
Artikel PilihanBuletin

TENTANG LOGO BARU PROTON DAN APA YANG KAMI TAHU SETAKAT INI…

Berkenaan berita yang diperkatakan sehari dua ni tentang logo baru Proton, sebenarnya, kami sudah dengar desas-desus ini sejak beberapa bulan lepas lagi.

Ia memang sahih tapi bukanlah seperti logo yang ramai kongsikan di laman sosial tu. Bukan logo yang itu.

Kami sendiri tak pernah lihat logo baru Proton ini. Malah, masih rahsia di kalangan pengurusan tertinggi Proton pun. Namun semakan terkini dengan sumber dalaman yang rapat dengan jenama itu memberitahu logo yang dikongsikan ramai netizen, ia tidak sama langsung.

Mereka akan mengumumkannya pada masa terdekat dan khabar yang mengatakan ia akan dipakai pada model SEMUA model Proton juga sebenarnya TIDAK BENAR.

Ada sedikit fakta aneh berkenaan maklumat yang kami terima berkenaan penggunaan logo baru ini.

Sehingga setakat ini – 16 SEPTEMBER 2019, terdapat pertikaian tentang penggunaan logo baru Proton ini di kalangan pihak pengurusan Proton sendiri.

Hal ini kerana logo baru tersebut HANYA akan digunakan pada model-model Proton-Geely iaitu X70 dan model akan datang X50. Model-model teras lain seperti Saga, Iriz, Persona dan Exora akan mengekalkan logo lama Proton.

Pelik kan?

Ya. sekurang-kurangnya itulah maklumat yang kami perolehi setakat hari ini. Dikatakan juga keputusan membahagikan DUA logo berbeza pada jenama yang sama itu juga dibantah sesetengah kakitangan, namun nampaknya pembuat keputusan Proton enggan berganjak dari pilihan tersebut.

Bilakah logo baru ni akan diperkenalkan?

“Dalam masa terdekat. dalam masa sebulan dua ini”

Tags
Google ads
Back to top button