Artikel Pilihan

DAVIS PASTRANA HASILKAN VIDEO GYMKHANA DENGAN SUBARU WAGON 862 KUASA KUDA

Hampir 10 tahun lepas, pemandu rali dan juga usahawan Ken Block menghasilkan video Gymkhana dengan menggunakan Subaru Impreza WRX STI 2006 dan sehingga hari ini ia merupakan video yang menyeronokkan untuk ditonton.

Pada tahun 2018, Ken Block memutuskan untuk berehat seketika daripada menghasilkan video dan tanggungjawab itu diberikan kepada rakan pasukannya iaitu Travis Pastrana bagi video yang seterusnya. Bagi tujuan tersebut, Pastrana telah menghasilkan satu video bertajuk Gymkhana 2022 yang difilemkan di Florida

Dalam video ini, Pastrana memilih untuk menggunakan Subaru Wagon GL keluaran tahun 1983 tapi jangan pandang rendah dengan jentera ini. Dengan bantuan Subaru Motorsport USA, wagon ini menjana 865 kuasa kuda daripada enjin 2300cc Boxer 4 silinder dan juga beberapa ciri aerodinamik yang diambil daripada Subaru WRX STI Airslayer yang pernah digunakan oleh Pastrana untuk video yang lepas

Antara ciri-ciri aerodinamik yang digunakan termasuklah downforce yang lebih banyak bila diperlukan dan juga boleh dikurangkan bagi membantu Pastrana melakukan aksi drift bile diperlukan. Selain daripada Subaru Wagon, video kali ini menampilkan trak gergasi, jet ski yang dipasang dengan tayar dan Chevrolet El Camino 3000 kuasa kuda yang berlumba di laluan lurus.

Pastrana menyatakan video Gymkhana 2022 merupakan idea yang paling gila pernah dihasilkannya dengan mengandungi lompat jauh pada halaju 265km/jam di atas helikopter, berlumba dengan helikopter, dan juga jet pejuang

Google ads
Back to top button