Buletin

TESLA MODEL Y BUAT HAL LAGI. TIBA-TIBA ‘SHUT DOWN’ MASA MEMANDU

Seorang Youtuber dari U.K, Tom Exton, meluahkan kecewa kerana Tesla Model Y mengalami kerosakan selepas hanya 15 minit dipandu.

Dalam foto yang diambil oleh Exton, skrin infotainmen mengatakan bahawa “sistem elektrik tidak dapat menyokong semua ciri. Matikan ciri untuk menjimatkan tenaga.”

Dia turut mendedahkan bahawa ia mempunyai cas hampir penuh, dengan jarak pemanduan boleh melangkaui sehingga 348km.

Lebih malang lagi, Tesla Model Y tersebut ‘shutting down’ secara mengejut ketika sedang memandu. “Semua kuasa pada kereta dimatikan,” jelas Exton, hingga terpaksa menarik selak override manual untuk membuka pintu.

Exton mencerita situasi tersebut di Twitter. “Memecahkan tingkap pemandu adalah jalan terbaik.” Dalam kes lain, seorang pemandu terperangkap kerana pintu ‘luar biasa’ Tesla itu. Malah ada yang terpaksa memecah tingkap untuk melarikan diri dari Model Y sedang terbakar.

Setelah berjaya keluar dari kereta, Exton terpaksa menunggu selama enam jam dalam suhu sejuk beku untuk keretanya di tunda. Dia turut bersyukur kerana pasangannya tidak bersamanya ketika ia berlaku.

Tesla dilapor masih belum menjawab permintaan untuk memberi sebarang komen mengenai isu tersebut.

Meskipun dia mengatakan perkhidmatan pelanggan Tesla membantu, namun dia memberikan nasihat untuk orang yang ingin membeli EV, “Ada sebab mereka menolak begitu banyak tawaran pajakan murah. Bantu diri anda dan dapatkan Polestar, atau apa-apa sahaja selain Tesla.”

Google ads
Back to top button