Buletin

DIHEMPAP BONGKAH BATU 10 TAN, PEMANDU JENGKAUT MAUT

Seorang pekerja kuari berusia 48 tahun maut selepas jengkaut yang dikendalikannya dihempap bongkah batu dianggarkan seberat 10 tan.

Kejadian berkenaan berlaku di tapak kuari di Simpang Pulai dan menurut laporan, bongkah batu seberat 10 telah jatuh dari ketinggian 25 meter.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima daripada orang awam pada pukul 4 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12 tengah hari sehingga 1 petang ketika mangsa melakukan kerja-kerja pembersihan batu,” jelas Yahaya Hassan.

“Bongkah batu dianggarkan seberat 10 tan telah jatuh dari ketinggian 25 meter dan menghempap jentera dikendalikan mangsa.

“Ia menyebabkan lelaki itu tersepit di bahagian kokpit jentera berkenaan,” katanya.

Tambahnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button