" "
Buletin

DIPERLI BERAYA DENGAN MYVI, RAKAN-RAKAN SURUH TUKAR BMW BAHARU – “KALAU BAWA MYVI TAK LAYAK DUDUK SEMEJA KE?”

Perayaan apa sekalipun pasti ditunggu-tunggu untuk kita berkumpul semula setelah sibuk dengan kerja masing-masing dan tentunya akan ada pertanyaan yang membuat kita berada dalam posisi janggal.

Pada sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook ‘Xuan Play’ berkongsi cerita apabila berjumpa dengan rakan-rakannya di kampung halaman. Seperti biasa, pasti masing-masing mahu menunjukkan atau memberitahu kemajuan dalam hidup masing-masing.

Menurut hantaran itu, dia mengakui berasa tidak selesa apabila perbualan mula kedengaran seperti persaingan siapa lagi hebat. Terutama seorang daripada rakannya mempersoalkan pilihannya untuk kekal menggunakan kereta yang sama iaitu Myvi.

Rakannya itu berkata bahawa dia akan kelihatan berjaya sekiranya menukar Myvi dengan BMW baharu.

“Jadi apa sekarang? Awak kata saya tak boleh duduk semeja makan dengan awak kalau saya memandu Myvi?” ceritanya kecewa.

Pengguna Facebook tanpa nama itu turut meluahkan perasaannya di hantaran itu bahawa dia tidak lagi ingin berjumpa di majlis perjumpaan makan malam Tahun Baru Cina tahun depan kerana berasa seolah-olah terpinggir dengan rakannya sendiri.

Walaupun dia tidak meminta sebarang nasihat, netizen mengambil kesempatan untuk menawarkan cadangan dan peringatan kepadanya di ruang komen.

Tulis seorang netizen, “Persahabatan ini penuh dengan persaingan dan permainan minda, saya sangat bosan dengannya. Tahun depan, SKIP!”

“Selagi anda tahu pencapaian anda, maka itu sahaja yang penting. Biarkan mereka bercakap tentang apa sahaja yang mereka mahu, cuma senyum dan lupakan.”

Tidak terkecuali ada netizen yang memberi komen dengan nada jenaka. “Beritahu mereka, Myvi ialah supercar Malaysia. Ia boleh terbang, boleh masuk ke dalam air, tetapi BMW tidak boleh berbuat demikian.” – World of Buzz

Google ads
Back to top button