
HONDA WR-V RASMI DILANCARKAN, 4 VARIAN, ENJIN 1.5 DOHC VTEC & HONDA SENSING – 119HP, HARGA BERMULA RM89K
Honda hari ini secara rasmi melancarkan model SUV dalam segmen-A iatu Honda Winsome Runabout Vehicle (WR-V) untuk pasaran tempatan.
Bakal bersaing dengan Perodua Ativa, Honda WR-V bagi pasaran negara kita didatangkan dalam empat varian iaitu RS, S, E dan V.
Dari segi dimensi, WR-V mempunyai 4,060mm panjang, 1,780mm lebar, 1,608mm tinggi dan jarak kelegaan tanah mencecah 207mm.

Untuk penggayaan, WR-V mendapat ciri cermin lipat berkuasa, lampu utama LED automatik, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus LED, lampu signal belok LED Sequential dan rim 16-inci.
Berbanding pasaran ASEAN lain, Honda WR-V pasaran Malaysia dimuatkan dengan headlight adjuster.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi skrin sesentuh 7-inci untuk sistem infotainmen Display Audio, ketersambungan telefon pintar, suis arahan suara, empat pembesar suara, port kuasa pada tempat duduk belakang, dan juga sistem penghawa dingin dengan kawalan digital.

RS pula datang dengan tambahan paddle shifter, ruang dalaman kemasan jahitan merah, perehat lengan belakang, enam-pembesar suara serta Honda Connect telematik.
Perincian lain bagi varian RS termasuklah gril hadapan rekaan terbaharu, rim aloi dwi-tona bersaiz 17-inci menyerlahkan lagi elemen ‘coupe’ dengan pembuka pintu belakang bergaya.
Sistem keselamatan pasif pula terdiri daripada Bantuan Kestabilan Kenderaan, Bantuan Permulaan Bukit, empat beg udara, ABS dan EBD manakala varian RS mempunyai enam beg udara.

Selain itu, pakej Honda Sensing didatangkan secara standard untuk kesemua varian, merangkumi:
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM dengan LDW),
- Auto High-Beam (AHB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lead Car Departure Notification System (LCDN)
- LaneWatch (Varian RS)
Untuk rekod, Honda WR-V telah memperoleh penarafan keselamatan lima bintang daripada ASEAN NCAP.
Beralih kepada kuasa, Ia dipacu oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC, menghasilkan 119hp serta tork 145Nm. Nadi berkenaan dipadankan bersama Transmisi CVT teknologi G-design untuk keseimbangan antara prestasi dan bahan api.
Harga Honda WR-V bagi setiap varian adalah seperti berikut:
- S: RM89,900
- E: RM95,900
- V: RM99,900
- RS: RM107,900
GALERI:


















- BACA: HONDA WR-V TERIMA 2,500 TEMPAHAN AWAL – PENGHANTARAN BERMULA MINGGU DEPAN
- BACA: TEMPAHAN HONDA WR-V KINI DIBUKA. ADA VARIAN RS, LANCAR Q3 2023
- BACA: BIMS 2023: GALERI HONDA WR-V, CABAR PERODUA ATIVA, BERMULA RM103K DI THAILAND
- BACA: SEGALANYA TENTANG HONDA WR-V 2023, ENJIN 1.5 DOHC VTEC, CVT & HONDA SENSING






