Artikel PilihanBuletin

GEELY DAN PROTON, CABARAN YANG MULA MEMBUAHKAN HASIL

Tahukah anda usia kerjasama Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dan DRB-HICOM sudah lebih dua tahun? Pada 23 Jun 2017, ZGH dan DRB-HICOM telah memeterai perjanjian pembelian 49.9 peratus pegangan di dalam PROTON.

Keputusan itu tidak mudah dan menerima reaksi daripada pelbagai lapisan masyarakat. Dua tahun untuk sebuah kerjasama di dalam industri automotif adalah masa yang singkat, lihat sahaja garis masa Volvo Cars sejak dimiliki oleh Geely pada tahun 2010.

Melihat kepada perkembangan terkini, misi mustahil tersebut sudah pun mula membuahkan hasil. Ia sebenarnya adalah permulaan kepada rancangan sepuluh tahun untuk PROTON menjadi nombor satu di dalam negara dan tiga teratas di rantau ASEAN.

Salah satu pencapaian utama PROTON di dalam tempoh 24 bulan ialah pelancaran SUV pertamanya iaitu X70 pada Disember 2018. X70 bukan hanya setakat menukar lencana tetapi melibatkan kerja-kerja kejuruteraan dan pengujian yang besar memandangkan sebelum itu tidak pernah wujud Boyue pemanduan sebelah kanan.

X70 menerima sambutan hangat dengan tempahan terkini sudah pun melebihi 30,000 unit dan hampir 15,000 unit berjaya diserahkan kepada pelanggan.

Berikut ialah lagi pencapaian PROTON dalam tempoh dua tahun:

  • Pelancaran empat model facelift, Iriz, Persona, Exora dan Saga
  • Peningkatan jualan dan penguasaan pasaran. Pada Mei 2019, jualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan berjaya dicapai iaitu sebanyak 10,611 unit
  • Angka itu 70 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu dan berjaya melonjakkan PROTON ke tempat kedua dari segi jualan di pasaran tempatan
  • Kemudahan di Tanjung Malim sedang ditambah bagi mengeluarkan model baharu PROTON yang dibangunkan bersama Geely dan model pemasangan tempatan (CKD) X70
  • Pelaburan baharu itu menyaksikan penambahan kawasan pengeluaran sekitar 22 ekar, meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 100,000 unit setahun dan menambah bilangan pekerja daripada 766 kepada 2,341

  • Peningkatan kerjasama di antara pembekal tempatan dan China bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan harga. Setakat Jun 2019, sebanyak enam usahasama (JV), lima bantuan teknikal (TA), empat pelaburan langsung asing (FDI) dan satu perjanjian kerjasama teknikal berjaya ditandatangani oleh kedua-dua negara.
  • Faedah langsung yang diterima ialah syarikat tempatan mempunyai akses kepada teknologi baharu dan canggih manakala syarikat China pula mempunyai pembekal baharu utama bagi bahan mentah atau pasaran baharu
  • Pembaharuan dan peningkatan pengedar kepada tahap lebih baik. Sehingga kini sebanyak 84 daripada sasaran 150 outlet berjaya ditingkatkan kepada pusat 3S atau 4S

Geely dan PROTON sedar apa gunanya setakat menjadi jaguh kampng. Dengan itu PROTON sudah pun mempunyai rancangan eksport dan X70 telah pun dijual di luar dengan Brunei sebagai negara pertama.

Sebelum itu lagi program eksport telah pun disambung semula seperti di Timur Tengah dan Afrika Utara sejak tahun lalu. Kilang CKD juga sedang dibangunkan di Pakistan dan bakal menjadi kilang pengeluaran PROTON pertama di luar negara.

Dalam tempoh dua tahun kerjasama dengan Geely, PROTON sudah banyak mencapai kejayaan dan ini adalah permulaan kepada rancangan yang lebih besar supaya harimau kebanggaan negara ini boleh mengaum dengan lebih kuat!

BACA: PROTON SATRIA : TIGA R!

BACA: SEMBANG SANTAI – HI PROTON

Kredit artikel asal: ZGH Media

Google ads
Back to top button