Buletin

DUA JUTAWAN BERGADUH SEBAB KOTAK GEAR FERRARI 250 GTO

Dua orang pengumpul kereta klasik kini terpaksa masuk ke mahkamah di United Kingdom untuk menuntut keadilan.

Perbalahan itu bermula apabila Gregor Fisken yang berusia 55 tahun membayar AS$44 juta (RM182 juta) kepada seorang peguam dari Amerika, Bernard Carl untuk membeli sebuah Ferrari 250 GTO tahun 1962. Transaksi itu dibuat pada tahun 2017.   

Fisken kemudian menjual jentera tersebut kepada seorang lagi pengumpul kereta klasik tidak lama selepas membelinya.

Dia juga menganggap kotak gear original sudah dicari dan diserahkan kepadanya oleh pemilik sebelumnya, Carl.

Peguam Fisken, William Hooper mendakwa Carl perlu berusaha sebaik mungkin untuk mencari dan menyerahkan kotak gear tersebut, memandangkan Gregor Fisken Ltd (GFL) menerima GTO tanpa kotak gear itu.

Difahamkan kedua-dua lelaki itu mula bergaduh apabila seorang pengedar di AS memiliki kotak gear itu dan mahukan menjualnya pada harga AS$25,000 (RM103,400).  

Perbalahan kian memuncak apabila kedua-duanya mahu kotak gear itu dihantar ke UK, tetapi siapa pula yang perlu membayar kosnya.

Menurut Carl, Fisken enggan mengambil kotak gear tersebut dari California dan langkah itu dikatakan melanggar kontrak. Maksudnya, Fisken tidak berhak ke atas komponen itu lagi.

Bercakap kepada hakim, Carl berkata dia tidak menolak idea untuk menyediakan kotak gear kepada Fisken.

“Kotak gear dan GTO lebih bernilai jika dipasang bersama. Saya tidak pernah menolak idea tersebut.”

Justeru, Carl mahu Fisken membayar AS$500,000 (RM2.06 juta) sebagai kos mencari kotak gear itu.

Google ads
Back to top button