Buletin

ENJIN V12 LAFERRARI INI CUBA DIJUAL PADA HARGA RM3.35 JUTA!

Sebuah enjin Ferrari LaFerrari 2017 yang rare dengan perbatuan hanya 32km kini dijual di laman web eBay pada harga AS$800,000 (RM3.35 juta).  

Walaupun kedengaran gila, 75 peratus maklum balas yang diterima oleh penjualnya adalah positif. Untuk makluman, ini merupakan kali kedua enjin tersebut cuba dijual.

Awal tahun lalu, enjin sama disenaraikan di eBay dengan harga ‘beli sekarang’ berjumlah AS$325,000 (RM1.36 juta), namun gagal mendapat pembeli. Kali ini, ia dijual sekali lagi dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Senaraian itu hanya disertakan dengan tiga foto enjin yang memberitahu ia mempunyai jarak perbatuan cukup rendah. Tidak dinyatakan bagaimana penjual itu memperoleh enjin berkenaan.

Sedia maklum, sudah ada beberapa unit LaFerrari yang terlibat dalam kemalangan dan ia mungkin salah satu daripadanya. Jualan itu juga tidak menyatakan sama ada enjin akan dijual bersama abah-abah pendawaian. Jika tidak, ia memang sukar.

Apa pun, harga yang diminta itu tetap tidak masuk akal. Biarpun enjin V12 bersesaran 6.2 liter tersebut begitu istimewa, ia bagaimanapun tidak jauh berbeza dengan enjin Ferrari F12 Berlinetta.

Jika enjin berkenaan dijual bersama sistem KERS, pek bateri dan transmisi, harga yang diminta itu mungkin agak munasabah.

Tags
Google ads
Back to top button