Buletin

NISSAN BAKAL TAYANG SKYLINE DELUXE ADVANCED CONCEPT & 400R SPRINT CONCEPT PADA TAS 2020

Nissan Skyline yang baru-baru ini menerima penambahbaikan akan tampil dalam dua versi istimewa iaitu Deluxe Advanced Concept dan 400R Sprint Concept.

Kedua-dua model model itu bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon (TAS 2020, Januari depan.

Deluxe Advanced Concept dikatakan hadir dengan spesifikasi lebih baik berbanding model sama yang lebih mewah, Infiniti Q50.

Ia didatangkan dalam cat dua tona coklat dan perak yang kelihatan seperti Bentley atau Rolls-Royce. Ruang kabin pula menggunakan kemasan kulit dengan warna sama seperti luarannya.

Fokus kepada pelanggan yang mahukan jentera mewah, model itu dilengkapi sistem keselamatan terkini Nissan ProPilot 2.0.

Biarpun begitu, tidak pasti enjin apa yang digunakan pada jentera ini, sama dengan enjin 400R Sprint Concept atau rangkaian kuasa Nissan yang lain.

Versi 400R Sprint Concept dibina berasaskan kepada varian tertinggi Skyline 400R. jentera itu dikuasakan oleh enjin 3.0L V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 400hp dan tork 475Nm.

Kuasa itu membolehkannya memecut dai 0-100km/j dalam masa hanya 4.5 saat.

Ia tampil menarik dengan warna hijau dan nombor 20 pada pintu. Jentera itu juga menerima bampar depan belakang, spoiler besar yang sama pada model GT-R NISMO dan rim tempa bersaiz 20 inci yang baru.

Nissan dilapor akan membawa beberapa lagi kereta menarik ke TAS 2020. Antaranya ialah GT-R and 370Z versi ulang tahun ke-50, GT-R Nismo dan GT-R50 by Italdesign, Note e-Power Nismo, LEAF Nismo, Serena e-Power serta banyak lagi.

Google ads
Back to top button