Buletin

VOLVO CAR MALAYSIA ANJUR HARI ‘A-MOOSE-MENT VOLVO – ADA PELBAGAI AKTIVITI MENARIK UNTUK PEMILIK VOLVO

Volvo Car Malaysia bakal mengadakan Hari A-moose-ment Volvo, sebuah acara eksklusif untuk pemilik Volvo serta keluarga mereka yang penuh dengan aktiviti santai dan menyeronokkan.

Berlangsung pada Sabtu, 15 Februari 2025, di The Courts, KLGCC Resort, acara ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia Volvo.

Sepanjang hari, para tetamu akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur.

Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti khas seperti pemanduan kereta mini Volvo sambil belajar tentang keselamatan jalan raya dengan cara interaktif dan menyeronokkan, ditemani maskot Volvo, si Moose yang comel.

Bagi peminat sukan, acara ini turut menyediakan pengalaman mencuba sukan moden seperti padel dan pickleball, dengan jurulatih sedia untuk memberi tunjuk ajar kepada pemula.

Jika anda mencari aktiviti yang lebih santai, terdapat sesi spin, yoga, dan peluang untuk memanjakan diri dengan perkhidmatan seperti cucian rambut dan rias kuku ekspres, semuanya disediakan secara percuma.

Bukan itu sahaja, acara ini juga memberi peluang kepada pemilik Volvo untuk mendalami keunikan teknologi dan reka bentuk Scandinavia melalui pameran model-model terkini.

Dari SUV premium Volvo XC90 hingga EV kompak Volvo EX30, peserta dapat meneroka inovasi dalam reka bentuk, prestasi, dan keselamatan yang menjadikan Volvo jenama pilihan ramai.

Bagi penggemar makanan, sajian lazat dari NOA disediakan sepanjang hari, termasuk makan tengah hari dan kudapan ringan.

Kanak-kanak pula pasti teruja dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan seperti pemburuan harta karun, bengkel seni kraf, belon gergasi, dan pelbagai manisan.

Koppla: Menghubungkan Komuniti Volvo

Hari A-moose-ment Volvo merupakan sebahagian daripada inisiatif Koppla, program sosial tahunan yang menghubungkan pemilik Volvo melalui acara-acara eksklusif seperti jamuan makan malam mewah, pratonton pelancaran, serta pengalaman keselamatan pemanduan Volvo.

Salah satu acara utama Koppla ialah Volvo Padel Open, kejohanan padel terbesar di Malaysia.

Penyertaan untuk Hari A-moose-ment Volvo adalah percuma untuk pemilik Volvo dan keluarga mereka.

Pemilik juga boleh membawa sehingga dua orang rakan bukan pemilik Volvo dengan bayaran RM300 setiap seorang. Namun, tempat adalah terhad!

Daftar segera di forms.volvocarmalaysia.com/a-moose-ment-day untuk menyertai acara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo Cars, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram.

Google ads
"
"
Back to top button