DUCATI ‘WE RIDE AS ONE’ – MALAYSIA CATAT 349 PENYERTAAN
Selepas kejayaan perhimpunan ‘We Ride as One’ pertama tahun lalu, pengeluar motosikal Itali, Ducati kini kembali untuk edisi kedua yang telah diadakan pada 6 Mei 2023.
Ditetapkan pada Sabtu pertama bulan Mei setiap tahun, acara tersebut disokong oleh Ducati Official Clubs (DOC) bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada peminat jenama itu.
Disertai lebih 13,000 peminat Ducati di lokasi berbeza di lebih 40 negara, ‘We Ride as One’ adalah untuk menggalakkan semangat kemasyarakatan di kalangan penunggangnya.
Antara lokasi tumpuan Ducatisti ialah Rom, London, Kawasaki, Dublin, Madrid, Tokyo, Avignon, Munich, Shanghai, Dubai, Rio de Janeiro, Milan, New Delhi, Bangkok, Amsterdam, Rennes, Brussel dan Sydney.
Tidak ketinggalan, Malaysia, apabila berjaya mencatat 349 penyertaan ‘We Ride as One’ di beberapa lokasi seperti Petaling Jaya dengan 77 penyertaan, Sungai Buloh (14), Kuala Lumpur (58) sementara negeri seperti Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu, secara keseluruhannya disertai 200 penunggang.
Untuk mengikuti lebih rapat perkembangan ‘We Ride As One’, anda boleh ikuti saluran Instagram rasmi Ducati atau melalui perkongsian hashtag rasmi #WeAreDucati #WeRideAsOne.