
LEBIH 400 DUCATISTI GEGAR JALAN RAYA NEGARA SEMPENA WE RIDE AS ONE 2025
Baru-baru ini telah berlangsungnya acara tahunan Ducati We Ride As One 2025 yang berjaya mengumpulkan lebih 400 Ducatisti seluruh negara.

Acara yang memasuki edisi keempat itu merupakan program yang berlangsung serentak di lebih 65 negara dan merupakan antara inisiatif global Ducati untuk sama-sama bersatu dan menunggang motosikal Ducati masing-masing.
Tahun 2025 menyaksikan Ducati Malaysia bersama-sama sokongan dari pengedar rasmi seluruh negara dan DOCM (Ducati Official Club Malaysia) berjaya mengumpulkan lebih 400 penunggang.

Sebanyak lima konvoi berjaya dijalankan secara serentak di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Pulau Pinang dan Johor.
Konvoi kali ini menyaksikan Ducatisti masing-masing bergerak ke Menara Condong (Perak), Stadium Bukit Jalil ( Kuala Lumpur), Kluang Rail Coffee (Johor), Rumah Gadang Budi Gagu (Jelebu) dan Alor Setar Tower (Kedah).

Selain merapatkan hubungan silaturahim diantara pemilik Ducati di Malaysia, We Ride As One juga merupakan platform untuk meraikan komuniti selain mengukuhkan Ducati bukan hanya sebagai jenama motosikal malah sebagai jenama yang sinonim dengan prestasi dan inovasi selain gaya hidup.