ACARA ‘WE RIDE AS ONE’ HIMPUN PEMINAT DUCATI SERATA DUNIA
Acara ‘We Ride As One’ kini kembali untuk edisi kedua pada 6 Mei ini sebagai persediaan World Ducati Week 2022.
Ditetapkan pada Sabtu pertama bulan Mei setiap tahun, acara tersebut disokong oleh Ducati Official Clubs (DOC) bagi menyediakan pengalaman terbaik kepada peminat jenama itu.
Sebagai contoh, di Rom (Itali) Ducatisti akan mengambil bahagian dalam perarakan sambil diketuai oleh pelumba MotoGP Gresini Racing Team, Fabio Di Giannantonio.
Sementara di Kawasaki (Jepun) pula, peminat menunggang bersama-sama ke Muzium Kaca Venetian Hakone, di mana mereka menikmati makan tengah hari berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Fuji.
Selain Itali dan Jepun, tempat lain acara ‘We Ride As One’ diadakan di Rennes (Perancis), Bogota, Medellin (Colombia), London, Dublin, Madrid, Tokyo, Avignon, Munich, Shanghai, Dubai, Rio de Janeiro, Milan, New Delhi, Bangkok, Amsterdam, Brussels, Sidney serta bandar lain di dunia.
Untuk mengikuti lebih rapat perkembangan ‘We Ride As One’, anda boleh ikuti saluran Instagram rasmi Ducati atau melalui perkongsian hashtag rasmi #WeAreDucati #WeRideAsOne.
- BACA: DUCATI SCRAMBLER 2023 – RESEPI MOTOR BEGINNER PALING BERJAYA
- BACA: DUCATI BORGO PANIGALE EXPERIENCE, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT
- BACA: HARTA, TAKHTA DAN DUCATI – CATAT REKOD KEUNTUNGAN LEBIH RM4.7 BILION
- BACA: DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!