Motosikal

13,000 DUCATISTI WARNAI PROGRAM #WeRideAsOne DI LEBIH 40 NEGARA

Sebanyak lebih 13,000 Ducatisti mewarnai jalan-jalan utama di bandar-bandar lebih 40 negara seluruh dunia sempena edisi pertama #WeRideAsOne.

Acara berlangsung pada 7 Mei itu merupakan kolaborasi antara Ducati Dealerships dan Kelab Rasmi Ducati.

Menariknya tentang program eksklusif tersebut adalah ia disesuaikan dengan wilayah dan budaya para peserta.

Selain itu, sebanyak 224 peniaga dari rangkaian Ducati disokong 120 Kelab Rasmi Ducati antarabangsa menterjemahkan kelancaran program #WeRideAsOne itu menjadi realiti.

Kemuncak acara merupakan perarakan melibatkan banyak peminat yang menunggang jentera mereka melalui jalan-jalan dan dataran paling menarik di bandar-bandar termasuk di Florence, Paris, Miami, New Delhi, Rome, Rio de Janeiro, Sydney, Valencia, New York, Kuala Lumpur, Dubai, Singapura, Seoul, Hangzhou, Bangkok dan Ingolstadt.

Penghargaan global edisi pertama itu mendorong Ducati menambah #WeRideAsOne sebagai acara tahunan tetap dalam kalendar pengeluar jentera berprestij tersebut.

Setiap sabtu pertama bulan Mei, Ducati Dealers dan Ducati Official Clubs akan menjemput Ducatisti untuk berkumpul di bandar-bandar mereka untuk meraikan hari penuh mengujakan berkenaan.

#WeRideAsOne juga merupakan peluang memanaskan enjin untuk pesta Ducati, the World Ducati Week yang dijangka berlangsung pada  22 hingga 24 Julai di Litar Dunia Misano ‘Marco Simoncelli’.  

Google ads
Back to top button