
DUCATI BORGO PANIGALE EXPERIENCE, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF UNTUK PEMINAT
Ducati terus mengorak langkah dalam menghargai peminat jenama itu dengan menawarkan ‘Ducati Borgo Panigale Experience’.
‘Ducati Borgo Panigale Experience’ adalah tawaran eksklusif Ducati untuk peminat menikmati pengalaman, selain menghidupkan semula sejarah 90 tahun jenama itu di Muzium Ducati.
Ducati turut menjalin kerjasama baharu dengan Lamborghini di mana para peminat boleh merasai sendiri proses, pengetahuan kreatif serta semangat kecemerlangan Motor Valley yang membawa Made in Italy ke mata dunia.

Bagi memudahkan akses orang ramai, Ducati dan Lamborghini menyediakan pakej khas untuk membolehkan peminat melawat kedua-dua muzium hanya dalam satu hari. Antara perkhidmatan ditawarkan termasuklah bas ulang-alik percuma.
Untuk makluman, tawaran ini bagaimanapun hanya terpakai pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, maksimum 15 orang dalam satu-satu masa.
Maklumat lanjut mengenai kaedah lawatan dan tempahan boleh didapati di bahagian khusus ‘Ducati Borgo Panigale Experiece’ di laman web Ducati.
- BACA: HARTA, TAKHTA DAN DUCATI – CATAT REKOD ANGKA KEUNTUNGAN LEBIH RM4.7 BILION
- BACA: DUCATI CATAT REKOD 2022, JUALAN LEBIH 60 RIBU, MULTISTRADA PALING LAKU!
- BACA: DUCATI DESERTX KINI DI MALAYSIA. ENJIN V-TWIN TESTASTRETTA 937CC, 110HP, BERMULA RM112K
- BACA: RAI KEJAYAAN MOTOGP DAN WORLDSBK, DUCATI BINA PANIGALE V4 DAN PANIGALE V4 R ISTIMEWA. TERHAD 260 UNIT SETIAP SATU









