
KALLE ROVANPERA BERSEDIA UNTUK MEMULAKAN AKSI WRC DI RALLY SWEDEN
Pemegang kejuaraan WRC 2023 Kalle Rovanpera sudah bersedia untuk memulakan aksi beliau musim WRC 2024 untuk memulakan aksi di perlumbaan kedua FIA WRC Rally Sweden dengan beraksi terlebih dahulu di Arctic Rally Lapland.
Selain daripada Kalle Rovanpera, seorang lagi rakan sepasukannya Elfyn Evans juga akan turut beraksi di perlumbaan Arctic Rally Lapland.
Arctic Rally Lapland adalah merupakan perlumbaan rali yang berlangsung di Finland dan merupakan sebahagian daripada siri perlumbaan Finnish Rally Championship. Menariknya, ianya adalah perlumbaan dengan permukaan bersalji sepenuhnya, menyerupai apa yang ada di Rally Sweden.
Duo pemandu Toyota Gazoo Racing tersebut akan memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 pada perlumbaan yang berpusat di Rovaniemi selama dua hari bagi membuat persiapan dan mendapatkan tetapan yang terbaik pada perlumbaan Rally Sweden yang terkenal dengan perlumbaan permukaan bersalji sepenuhnya.
Kedua Kalle Rovanpera dan Elfyn Evans sememangnya sudah tidak asing lagi beraksi di Arctic Circle dengan Kalle Rovanpera pernah memenangi perlumbaan tersebut pada tahun 2020 ketika mula naik pangkat dengan memandu Yaris WRC. Elfyn Evans turut beraksi bersama rakannya sepanjang kalendar perlumbaan WRC sebelum ini.
Perlumbaan di Finland tersebut merupakan kemunculan pertama Kalle Rovanpera memandu jentera Toyota GR Yaris Rally1 musim ini setelah tidak beraksi di perlumbaan pembukaan di Rallye Monte-Carlo. Manakala Elfyn Evans yang beraksi di Rally Monte-Carlo terus sahaja bergerak menuju ke bahagian Utara sementelah memperoleh kemenangan podium sebelumnya.
Ketika aksi Rally Sweden pada tahun 2023, tiada kelibat jentera Toyota yang menaiki podium dan ianya sesuatu yang tidak ingin diulangi bagi aksi musim 2024 ini.

“Adalah adil untuk mengatakan bahawa rancangan kami tidak menjadi tahun lepas. Artic adalah peluang untuk yang baik untuk kami mencari rasa dan persiapan yang baik sebelum ke Sweden. Pada ketika anda berpeluang untuk memandu jentera ini khusus untuk perlumbaan seperti ini maka adalah penting untuk mengambilnya,” ujar Elfyn Evans.
Menariknya Prinsipa pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala akan turut mengambil peluang untuk beraksi di Arctic Rally Lapland dengan memandu jentera peribadinya, Toyota Celica Turbo 4WD pada aksi yang bermula pada hari Jumaat hingga Ahad.
Sebagai tambahan kepada acara perlumbaan di Finland, Kalle Rovanpera, Elfyn Evans dan juga Takamoto Katsuta akan turut menjalankan ujian satu hari di pusat pasukan Toyota Gazoo Racing yang terletak di tengah Finland.
BACA : WRC 2023 – KEMENANGAN DRAMATIK OTT TANAK DI RALLY SWEDEN
BACA : OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2







