Buletin

HYUNDAI MOTORSPORT AKAN GUNAKAN LIVERY BAHARU LAGI BERMULA DI RALLY SWEDEN

Pasukan Hyundai Motorsport melakukan kejutan apabila mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan livery yang baharu untuk perlumbaan kedua calendar FIA World Rally Championship (WRC) Rally Sweden pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, pasukan Hyundai Motorsport telah pun memperkenalkan livery baharu bagi menghadapi saingan WRC 2024 dengan menampilkan tema warna Biru muda yang lebih jelas dominan.

Tetapi entah mengapa Hyundai Motorsport membuat kejutan apabila mengumumkan penggunaan livery baharu dengan menampilkan jenama N dengan lebih jelas dan menyerlah, selaku jenama marque buat pengeluar dari Korea Selatan itu.

Malah ianya juga sebenarnya memberikan tanda penghormatan sementelah menyertai kempen WRC selamat 10 tahun berturut – turut. Dan menurut pasukan Hyundai Motorsport, livery ini akan digunakan untuk baki perlumbaan musim ini serta ianya akan digunakan pada kesemua jentera Hyundai i20 N Rally1 mereka.

Dengan perubahan ini juga bermakna bahawa livery yang telah digunakan olehThierry Neuville dan Martijn Wydaghe yang memenangi Rallye Monte-Carlo akan dihentikan, sekali gus menjadikannya livery istimewa dan terhad.

“Memandangkan beberapa rakan sekerja kami menyambut Tahun Baharu Lunar, kami juga menandakan permulaan baharu dengan penampilan baharu untuk baki musim FIA WRC,” kata Presiden dan Prinsipal Pasukan Hyundai Motorsport Cyril Abiteboul. “Reka bentuk itu dicipta untuk memberi penghormatan kepada hubungan kerja rapat kami dengan Hyundai N dan Syarikat Hyundai Motor serta melengkapkan sambutan mereka selama sepuluh tahun dalam perlumbaan rali”, ujar beliau lagi.

Sementara itu, semua pasukan sedang mempersiapkan untuk bertarung di Rally Sweden dengan pasukan Toyota Gazoo Racing mempertaruhkan Kalle Rovanpera, Elfyn Evans dan juga Takamoto Katsuta bagi mengendalikan jentera GR Yaris Rally1. Bertambah menarik apabila pemandu persendirian Lorenzo Bertelli yang menyewa GR Yaris Rally1 berwarna Hijau gelap akan turut memandu jentera yang sama dan juga livery yang sama berwarna hitam.

Pasukan Hyundai Motorsport akan membariskan Thierry Neuville yang masih segar dengan kejayaan di Monte Carlo akan dibantu oleh Ott Tanak dan juga Esapekka Lappi yang pertama kali memandu jentera Hyundai i20 N Rally1 musim ini.

M-Sport Ford akan kekal membariskan duo anak muda Adrien Fourmaux dan Grégoire Munster untuk memandu jentera Ford Puma Rally1

Untuk saingan WRC2, Oliver Solberg dan Sami Pajari sudah pastinya mahu beraksi cemerlang bagi mengutip mata pertama untuk musim ini.

BACA : WRC 2024 – INILAH DIA BARISAN PEMANDU UNTUK PASUKAN TOYOTA GAZOO & HYUNDAI MOTORSPORT BAGI MUSIM HADAPAN

BACA : OTT TANAK YAKIN DENGAN KEMAMPUAN HYUNDAI i20 N RALLY1. GR YARIS RALLY1 PULA AKAN MENGGUNAKAN SISTEM SUSPENSI BAHARU

Google ads

B K

"
"
Back to top button