Buletin

E-BIKE TERBAKAR, RAGUT 13 NYAWA DI NEW YORK

Umum mengetahui bahawa pengangkutan dua roda elektrik semakin popular terutamanya untuk menuju ke suatu tempat berdekatan di kawasan bandar namun, ia tidak terlepas dari sebarang risiko.

Disebabkan penggunaan E-Bike semakin meluas, bermakna banyak pengeluar ingin mengeluarkan produk yang sama untuk memberikan pilihan lebih variasi kepada pengguna.

Selain ketahanan dari segi badan, perkara kurang diambil perhatian adalah jenis bateri serta kualiti bateri dipadankan bersama E-Bike. Kini, kejadian bateri meletup lalu terbakar adalah perkara sering kita dengar.

Penggunaan bateri jenis litium-ion sering mengakibatkan kebakaran jadi tidak terkawal dalam masa kurang 60 saat, bahkan baru-baru ini ia menyebabkan 13 kematian gara-gara bateri tersebut terbakar di New York.

Untuk rekod, jumlah kematian kini meningkat dua kali ganda berbanding yang dilaporkan pada 2022.

Kes terbaru di New York, sebuah kedai E-Bike telah terbakar kerana hasil siasatan mendapati pemilik kedai melanggar peraturan seperti bilangan peranti di lokasi serta cara ia dicaj.

Ketua marshal bomba di Jabatan Bomba New York, Daniel Flynn berkata, “piawaian pembuatan di bawah tara menghasilkan bateri yang kurang berkualiti, tidak mempunyai daya ketahanan hingga menyebabkan ia terdedah kepada haba.”

“Kami hanya perlu memastikannya selamat dan ada cara untuk menjadikannya selamat iaitu melalui ujian serta pensijilan.”

Selain itu, pakar turut mencadangkan jangan sekali-kali meninggalkan bateri pada pengecas apabila ia penuh dan mengikut semua arahan daripada pengilang.

Tambahnya, kereta gas sebenarnya lebih kerap terbakar berbanding kenderaan elektrik tetapi setelah beberapa dekad serta pelbagai ujian, ia menjadikannya lebih selamat.

“Berkenaan dengan kereta elektrik, basikal dan banyak lagi, kami masih di peringkat awal untuk mengetatkan lagi peraturan keselamatan,” ujar pakar dari UL Solutions.

Google ads
Back to top button