
EA888, ENJIN 4 SILINDER 2000CC PALING LAMA DIHASILKAN VOLKSWAGEN
Enjin EA888 2000cc 4 silinder sebaris dengan sistem turbo adalah enjin yang dibangunkan berasaskan enjin 1800cc TSI/TFSI daripada kumpulan EA888. Pengeluaran pertama enjin ini dimulakan pada bulan Mac 2008 sebagai pengganti enjin 2000cc TSI dari kumpulan EA113.
Sama seperti varian 1800cc, enjin 2000cc ini menerima pelbagai naiktaraf sepanjang pengeluarannya yang menjangkau sehingga 3 generasi dan masih digunakan oleh Volkswagen sehingga pada hari ini.
2000cc TSI EA888 Generasi Pertama
Enjin generasi ini dikeluarkan dengan menggunakan kod CAWA, CAWB, CBFA, CCTA dan CCTB. Sama seperti varian 1.8 TSI, varian 2.0 TSI juga dibina dengan menggunakan kaedah penuangan keluli dengan saiz diameter silinder ditetapkan pada 88mm dan tinggi mencecah 220mm. Namun saiz lejang dihasilkan dengan 92.8mm.
Rod penyambung pendek 144mm digunakan dan merendahkan nisbah mampatan kepada 9.6:1. Satu syaf penyambung bertujuan mengimbangkan gegaran dipasang dan disambung dengan menggunakan rantai pemasa. Namun kepala silinder dihasilkan dengan aluminium bagi mengurangkan berat

Injap kemasukan udara diberi saiz 34mm manakal ekzos pula pada 28mm, dan dikawal dengan sistem valvetrain rintangan rendah yang dipasang dengan alas bebola besi. Sistem injap ini dikawal dengan sistem pemasaan VVTi serta sistem suntikan bahan api terus tekanan sehingga 190bar dengan 6 lubang laluan petrol
Sistem turbo KKK K03 sejukan air digunakan dan diitegrasikan terus pada manifold ekzos dengan tekanan 0.6 dignakan. Bergantung pada varian, model dan pasaran yang digunakan, enjin ini menghasilkan kuasa 168 kuasa kuda dan 280Nm tork sehinggalah paling kuat 208 kuasa kuda dan 300Nm tork
2000cc TSI EA888 Generasi Kedua
Enjin EA888 2000cc generasi kedua membuat kemunculan generasi pertama dengan fokus mengurangkan lagi geseran mekanikal antara komponen enjin. Diameter main journal pada aci engkol dikurangkan daripada 58mm kepada 52mm bagi mengurangkan berat
Rekaan piston ring geseran rendah, piston baru dan permukaan dalaman silinder dirawat dengan kaedah khas bagi melincinkan lagi pergerakan piston. Pam mekanikal minyak pelincir menggunakan rekaan pam yang beroperasi mengikut operasi enjin bagi mengurangkan parasitic lost

Bagi model yang digunakan oleh Audi, enjin ini menerima Audi Valve Lift System (AVS) yang membuka injap kemasukan dalam 2 peringkat, 6.35mm dan 10mm selepas 3100 RPM. Teknologi ini melengkapi teknologi pemasaan injap yang sedia ada.
Generasi kedua ini memenuhi syarat pelepasan asap yang lebih baik pada Euro 5, menjana 177 kuasa dan 320Nm tork sehinggalah pada tetapan kuasa maksima pada 316 kuasa kuda dan 420Nm tork
2000cc TSI EA888 Generasi Ketiga
Enjin ini direka agar lebih ringan dan lebih cekap tenaga. Jadi bagi mencapai objektif, blok enjin yang dihasilkan daripada keluli tuang dihasilkan lebih nipis daripada 3.5mm kepada 3mm sahaja. Ia menerima aci engkol baru, piston, piston ring, pam minyak enjin dan syaf pengimbang yang baru dan ringan
Rekaan kepala silinder menerima manifold ekzos sejukan cecair terbina dalam. Aci sesondol dipacu dengan rantai dan injap kemasukan menerima teknologi AVS. Tapi injap kemasukan dan injap ekzos tetap menerima teknologi pemasaan injap bagi lebih efisyen.
Berbeza dengan generasi kedua, enjin ini menerima 2 suntikan bahan api iaitu Port Injection dan Direct Injection bagi setiap silinder. Tekanan turbo dinaikkan kepada 18.8 psi dengan menggunakan turbo IHI IS20 dengan electronic wastegate yang akan mengawal boost turbo secara automatik

Bagi varian yang lebih rendah (CULA, CULB, CULC, CPLA, and CPPA), ia menerima turbo Garret MGT 1752S. Bagi varian prestasi tinggi CJX, ia menerima rekaan kepala silinder yang berlainan, aci sesondol prestasi tinggi, injap ekzos lebih besar, nisbah mampatan lebih rendah pada 9.3:1, piston baru, sistem suntikan prestasi tinggi dan pam bahan api tekanan tinggi
Sistem turbo pula ditukar kepada IHI IS38 dengan boost maksima 17.4 psi dan sistem intercooler sejukan udara yang lebih besar. Sistem ECU Siemens Simos 18.1 dipasang pada enjin ini bagi melepasi syarat pelepasan asap Euro6
Jadi enjin ini menghasilkan kuasa yang kurang berbanding generasi kedua iaitu sekitar 184 hingga 188 kuasa kuda dengan tork maksima mencapai 320Nm tork









